YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Wednesday, September 29, 2010

RASA SAYANG DI SUDUT HATI


Assalamualaikum...

Banyak tugasan. Tapi aku memilih untuk mencuri tulang. Minda jadi serabut menyusun jadual. Hati keliru lagi untuk membuat keptusan. Tapi, aku sudah punya jawapan. Aku tahu yang mana lebih penting, kerana bonda hanya satu.

Semalam, fikiranku beku ketika ditanya tentang definisi keluarga. Mudah menyebut, seolah-olah kita sudah memahami tapi sebenarnya keluarga sukar untuk ditafsiri. Ketika ditanya tentang keluarga, mula-mula aku terbayangkan abah, bonda, kakak2ku, adik2ku, dan sanak-saudaraku. Kemudian, aku teringat pula kepada keluargaku yang lain. Teman2 oratorianku, teman2 sekelasku, dan teman2 seperjuanganku. Mereka, keluargaku. Rasa sayang itu tiba-tiba menebal.

Kadang-kadang dalam perhubungan ada terselit rasa benci. ketika mata bertentang, rupanya aku tidak berupaya untuk melarikan diri. Aku kadang-kadang berasa tidak puas hati dengan keadaan sekeliling, tapi rupanya tewas jua untuk terus menyalahi yang lain, kerana aku sebenarnya yang terlalu pentingkan diri. Aku suka untuk terus meluahkan, sebab itu banyak hati-hati yang terluka.

Bila terkenang, jadi sayu melihat insan-insan yang kusayang berpegang pada harapan. Walaupun sukar, tapi tetap lagi mereka bertahan. Allah Maha Pemurah. Bersabarlah duhai sayang!



-Semoga semua urusan bonda dipermudahkan. Amin-


Salam.

No comments:

Post a Comment