YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Tuesday, April 12, 2011

EPISOD PRA-AKHIR

-Hari ini, aku banyak juga berbicara tentang kamu. Sebab, banyak terfikir perihal kamu. Tiba-tiba. Aku hari ini ada menerima berita gembira. Yalah, pasti tentang kamu, tentang hasratmu, impianmu, cita-citamu. Bakal tertunai, bagai mata dipejam, cepat rupanya waktu berlalu. Baru rasa sekejap bertemu, berkenalan kemudian terpaksa berjauhan. Oh, biasalah. Itulah namanya kehidupan. Semua ini dugaan, kan? Rasa rindu itu dugaan. Rasa sayang itu juga dugaan. Dugaan, kadang-kadang indah. Sebab, di situlah kita belajar mengenai erti kekuatan, ketabahan. Kerana kamu ku lihat sudah menjadi semakin kuat, semakin tabah.

Irma Shukri Khodori, selamat berjuang. Tahniah, mimpimu pasti dalam genggaman-

Assalamualaikum...


Kadang-kadang, sukar untuk melafazkan kata-kata ini. "TERAKHIR". Sukar kerana pasti ada sendu dihujungnya. Siapakah yang suka? Berasa gundah. Gelisah. Pasrah. Masa, bolehkah tolong berhenti?


Tidak.


Walau sesaat, tidak akan pernah terjadi. Nikmati, hargai, dan datanglah bercerita selagi boleh bersua. Kami tetap di sini, kamulah yang bakal pergi, meninggalkan. Pernahkah terfikir tentang perit hati orang terpaksa ditinggalkan berbanding hati kamu yang pergi meninggalkan?


Episod akhir, menyusul tiba. Aku akan menantikan air mata yang bakal menitis!


P/s : Send to many


Salam.

No comments:

Post a Comment