YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Wednesday, April 20, 2011

MERAWAT EMOSI

Assalamualaikum...

Memanglah, kelaziman yang sering berlaku apabila hati berasa lapang, lega dan selesa. Begitu mudah untuk melupakan semuanya. Sehingga ada yang ternanti-nanti, sungguh termanggu-manggu, sedang dia ketawa, senang hati. Bila susah, mudah sahaja menabur janji. Tapi sayang, tidak ditepati. Emosiku sekarang tidak stabil. Seharusnya ada jawapan, sebab bukan aku yang mulakan. Maaf untuk kata-kata ini.

Huh.

Sedih kan, apabila sesuatu yang menjadi kelaziman akhirnya tiba-tiba menjadi satu kesusahan. Tekak berasa perit. Mata berpinar-pinar. Kaki longlai. Fikiran menerawang entah apa yang ada dalam fikiran. Sedih. Tidak fokus. Hilang tumpuan. Hilang. Kesemuanya.

Bayangkan, hari ini kaki masih mampu berdiri, berjalan, berlari. Esoknya lumpuh, tidak berkaki. Cacat. Sedih? Bayangkan, hari ini mampu untuk menyanyi, menjerit, ada bunyi tawa, tangis, haru, pilu. Esoknya kelu, tidak bersuara. Bisu. Bayangkan, hari ini semua perkara yang menjadi kelaziman itu hanyalah perkara yang mudah. Esok, semuanya menjadi susah. Sukar. Sedih?

Benar-benar sedih. Kantung hatiku berat dengan dosa. Aku diuji. Ya, aku diuji.

Ah. Lupakan. Lupakan. Lupakan. Rawat emosi. Rawat emosi. Rawatlah emosi!




-The best pictures for today. Amazing, i do love it-



Bila hati sudah gelap, carilah tempat duduk yang cerah. Jika tidak mahu menangis, cuba untuk ketawa. Jika berasa susah, buatlah hal yang senang. Cuba mencari antonim. Jika emosi terluka, rawatlah emosi, supaya berubah ekspresi.


Salam.





No comments:

Post a Comment