YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

TENTANG Cik Ain MR

Aku adalah seseorang yang amat percaya pada keinginan dan mimpi. Apa yang aku mahu akan ku gapai sedaya upaya, biar pun aku dikecam derita, biar pun usahaku dimamah usia, biarlah... Aku rela. Sekali pun aku tidak berjaya mencapainya, asal aku puas dengan perahan segenap kekuatan tenaga. Kerana, aku yang berjasa. Akulah pemenang yang sebenarnya.

Aku sangat suka menulis. Yang teramat-amat. Juga gemar membaca, walau ada yang berpandangan aku malas walhnya. Tidak mengapa, membaca secara rahsia bagiku tidak perlu diheboh-hebohkan kepada sesiapa.

Tambahan, aku seorang pencinta yang setia. Cinta pada segala-galanya. Cinta pada sesuatu yang berjaya meruntun hatiku, pada hati wanita biasa. 

Di kampus ini, debat adalah antara yang terutama. Debat bagiku ibarat jiwa. Dan debat bukan sekadar berdebat, tetapi lebih daripada itu.

Segala penulisan dalam ihaveideas-onlife ini cuma sebahagian daripada sumbangan jari-jemari yang gemar menari. Saranan daripada akal ciptaan Allah Yang Maha Bestari. Sekadar, mahu mencurahkan sisa-sisa emosi lantas terhasilah nukilan-nukilan ini.

Aku amat berbahagia, jika kamu benar-benar suka akannya. Namun aku tidak berduka andai kamu berasa sebaliknya. Aku bukannya hidup atas pujian orang, dan aku tidak akan mati hanya kerana hinaan orang. Biasalah manusia tiada yang sempurna. Tapi aku tetap mahu berterima kasih kepada kedua-duanya. Terima kasih, kerana sudi hadir dalam ruangan ini.

Punca Penulis:

Nurul Ain binti Mat Rahim - 8 Jun 1989 - Desa Sura Desaku
SK Sura - SMA Sultan Ismail Dungun - SMA(A) Sultan Zainal Abidin Batu Buruk - SMKA Sheikh Abdul Malek Kuala Terengganu - Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak
4 Mei 2011 7.29pm