YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Thursday, May 27, 2010

DEBATE IS PAIN




Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Hari ini baru terkumpul segala kudrat untuk menulis. Sudah banyak kali ruang ini kujengah, namun hanya mampu melihat dengan kadar pandangan mata yang kosong. Jari-jemari galak untuk menari-nari tapi otak penat untuk berfikir apa-apa. Akhirnya, lama blog ini terbiar tanpa informasi. 9 hari DEBAT PISZA berlalu. Seharusnya memang ada urutan cerita yang kutulis.

Malam terakhir, kata-kata daripada Abang Syahmi membuatkan aku berfikir panjang. Debat itu sakit. Memanglah sakit. Sangat sakit sebenarnya. Peristiwa yang berlaku keesokan paginya, mengiyakan fikiran yang panjang, debat memang sakit. Kerana sakit, aku bangkit untuk melawan.

Kami redha menerima keputusan daripada-Nya. Sukar untuk diduga, namun pencapaian kali ini bukan sia-sia. Pasukan UDM aku kira telah berjaya melakar sejarah dalam 10 tahun penganjuran DEBAT PISZA.

Sekilas pencapaian DEBAT PISZA KALI KE-10 2010:

UDM A:
Faiz
Irma
Afifah
Moganna


UDM B:
Husaini
Rogayah
Nadzely
Nurul Ain



1. Pada pusingan ke-6, UDM B berada pada rangking-1 dan UDM A berada pada rangking ke-2.

2. UDM A dan UDM B memenangi 5 pusingan daripada 6 pusingan.

3. UDM A dan UDM B layak ke separuh akhir.

4. 6 orang pendebat UDM mendapat Pendebat Terbaik, dan 2 orang mendapat pencalonan untuk Pendebat Terbaik.

5. 2 orang pendebat UDM B berada dalam rangking 10 Pendebat Terbaik.





Usul Perdebatan dan Keputusan Juri untuk UDM B:

Pusingan 1


Usul: Model Ekonomi Baru Adalah Benih (Diterima)
Kerajaan : UDM B
Pembangkang : UDM A
Pendebat Terbaik: Nurul Ain


Pusingan 2


Usul: 13 Mei Dianaktirikan (Diterima)
Kerajaan : UDM B
Pembangkang : UiTM Pahang
Pendebat Terbaik: Husaini


Pusingan 3


Usul: Masalah Sosial Berselirat (Ditolak)
Kerajaan : Uitm Dungun C
Pembangkang : UDM B
Pendebat Terbaik: Nurul Ain


Pusingan 4


Usul: Pemanasan Global: Nyawa Terletak di Hujung Rambut (Diterima)
Kerajaan : UDM B
Pembangkang : Uniten B
Pendebat Terbaik: Husaini


Pusingan 5

Usul: Pistol Perlu Lebih Kerap Disimpan (Diterima)
Kerajaan : UiTM Dungun C
Pembangkang : UDM B
Pendebat Terbaik: Ahmad Anis UiTM


Pusingan 6

Usul: Dewan Ini Menyokong Program Pembangunan Nuklear (Diterima)
Kerajaan : UDM B
Pembangkang : Uniten A
Pendebat Terbaik: Husaini


SUKU AKHIR


Usul: IPT Swasta Dapat Meningkatkan Mutu Pendidikan Negara (Diterima, Juri 5-0)
Kerajaan : UDM B
Pembangkang : UMT A
Pendebat Terbaik: Nurul Ain




SEPARUH AKHIR

Usul: IPT Swasta Penjana Generasi Inovatif dan Kreatif (Ditolak, Juri 4-3)

Kerajaan : UDM B

Pembangkang : UiTM Dungun C

Pendebat Terbaik: Ahmad Anis UiTM



Itulah, coretan pahit dan manis. Sakitnya di hujung-hujung. Apabila dengan keputusan 4-3, kami tersungkur dengan kemenangan yang berpihak kepada tuan rumah. Walaupun ada cerita di sebalik kekalahan meja kerajaan, aku percaya Husaini, Nadzely dan Rogayah telah berusaha berhempas-pulas untuk mempertahankan kes. Aku jadi sakit, tatkala Abang Syahmi bertanya, "Apa jadi dengan awak?". Cuti semester yang panjang menjadi medan untuk mengumpul kekuatan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Husaini, Rogayah dan Nadzely, serta rakan-rakan debat yang lain. Anda semua adalah yang terbaik. Pada aku, aku bangga apabila UDM B berjaya mengekalkan kedudukan di tangga pertama sejak pusingan ke-2 hingga pusingan ke-6, dan UDM A bangkit daripada tangga ke-10 hingga tangga ke-2. Cuma sakitnya, kami tidak dapat beraksi di pentas akhir. Perlawanan akhir menyaksikan pertembungan antara UiTM Dungun C vs Uniten A dengan usul 1Malaysia: Peleburan Identiti, kemenangan berpihak kepada UiTM Dungun C sebagai kerajaan. Jatuh sahaja tirai penutup DEBAT PISZA, aku benar-benar sakit.

"I know, debate is pain. But debate is my life. Its all about sacrifice, and i do love debate!"

-waktu suku akhir melawan UMT A-

p/s: Tahniah Abang Syahmi atas perlantikan secara rasmi sebagai jurulatih debat UDM.

Salam.


5 comments:

  1. selepas tiap kesakitan akan datang kesenangan.. tiap kesakitan akan datang kesenangan.. (al-insyirah ayat 5&6)..

    maaf jika ada tutur yg menyakitkan..

    ReplyDelete
  2. salam...

    betul. kita sepatutnya bersyukur.

    tak de pe yang perlu dimaafkan. biasalah adat blajar, adat pertandingan, ada sakitnya.

    abang syahmi is the best! (^_^)

    ReplyDelete
  3. kalau nk dikira sakit pasti ak y pastas utk berkata begitu...ak lbh sakit MENCINTAI TP MASIH BELUM DICINTAI..... tp ak telah menggajar diri utk terus mencintai sampai ia SUDI.. debate is pain..REALLY..MOSTLY..BUT....I DO.. =))yaya

    ReplyDelete
  4. Aku sakit tatkala membaca kata-kata itu. Aku mahu kau dicintai lebih daripada kau yang mencintai. Aku mahu kau lebih berjaya daripada kejayaan yang kau harapkan. Aku mahu kau kuat lebih daripada kekuatan yang kau simpan. Aku mahu kau sabar, kerana di penghujung kesabaran itu PASTI ADA HIKMAHNYA. Di penghujung jalan, aku pasti... KAU AKAN LEBIH DICINTAI. Sakit itu cuma satu persinggahan.

    ReplyDelete
  5. sakit...dan terus sakit...apakah kita x mampu mengubah yg sakit andai kita sayangkannya atau kita ubat dengan buat sesuatu suoaya sakit x berulang....pernah sakit dulu :(

    ReplyDelete