YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Monday, May 31, 2010

AYUH BANGKIT!


Assalamualaikum...

31 Mei 2010, genap setahun usia perkahwinan Kak Ti dan Abang Zaidi. Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama. Tahniah kalian, hidup semakin bertambah seri dengan kehadiran si kecil, Aisya. Aku menunggu kepulangan mereka di sini. Cuti sekolah, cepat-cepatlah menjengah.

31 Mei 2010, keputusan peperiksaan akhir semester dua diumumkan. Alhamdulillah, aku sudah bergerak daripada takuk yang lama. Aku terkejut sebenarnya, syukur pada-Mu Ya Tuhan. Keputusan kali ini meletakkan aku pada tahap yang agak selesa. Tapi aku tidak boleh berpuas hati, masih banyak ranjau dan onak duri yang harus ku tempuhi semester hadapan. Kawan-kawan, ayuh kita sama-sama bangkit. Aras semangat ketika ini terhenti pada tahap yang paling tinggi, berkobar-kobar. Mengenangkan keadaan diri pada semester lalu, aku jauh berbeza. Diri yang malas itu aku mesti tinggalkan. Aku mahu bangkit! Aku mahu menjadi Nurul Ain yang gila belajar sewaktu STPM dulu. Aku mahu Nurul Ain yang itu, galak membantu teman-teman untuk mencapai satu matlamat yang sama, aku mahu Nurul Ain yang itu, yang sentiasa berada di atas setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Aku mahu dia. Aku mahu diriku yang dulu. Yang dulu, aku mahu yang dulu. Aku mahu bangkit!

31 Mei 2010, satu perkara penting yang menjadi titik tolak perubahan hidup. Aku mesti tabah dan kuat. Aku mahu bahagia, mereka bahagia, dan semua orang di sekililingku bahagia.


"Tenang dan nyaman dibelai angin,
Rumahku syurgaku,
Aku mahu terus berada di sini, selama-lamanya..."


Salam.


No comments:

Post a Comment