Hari-hari pantas berlalu. Sekejap. Saat ini hanya sedetik. Sangat indah kenangan. Sungguh bermakna hidup. Aku sudah boleh tersenyum.
Aku bukannya bergerak mengikut langkah kaki, tetapi aku berjalan mengikut rentak hati. Sangat seksa apabila terpaksa bergerak dengan perlahan. Perit ketika terpaksa membohongi perasaan. Hati sendiri terluka apabila akulah pada akhirnya yang tertelan duri. Namun, aku rela demi mencapai impian yang diimpi.
Sepi meruntun hiba, aku membiarkan sanubari merana demi kehendak diri. Terkapi-kapai seperti lemas di lautan.
Apabila tangannya ku genggam, apabila suaranya memecahkan lamunan, apabila matanya ku pandang, hatiku beku. Kaku tanpa gerakan. Menjadi kelu terdiam. Hebat aura apabila bernama teman.
Semakin lama bersama, semakin kuat ukhuwah ku rasa. Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan yang ku alami. Perjalanan masih lagi jauh. Perjuangan masih belum selesai. Masih belum terhenti.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kem Keyakinan dan Silatulrahim 2010. Tahniah Saudara Hanas, anda adalah yang terbaik. Jutaan penghargaan kepada Abang Syahmi, Kak Jamaliah, Abang Suhaery, Saudara Absar, Saudara Izzuddin, Fahmi dan Hidayah. Anda juga adalah yang terbaik. Tidak ketinggalan ucapan tahniah buat barisan urusetia dan semua peserta, anda semua adalah yang terbaik.
Pengalaman kali ini cukup tinggi nilainya dan sangat bermakna. Kita sedang mencuba sedaya upaya untuk bangkit berdiri. Permulaan yang pahit, namun kita sudah mampu tersenyum akhirnya. Pencapaian bukan ukuran. Pada aku, ukhuwah adalah pengukur. Kita menangis bersama, dan kita ketawa bersama. Kita gagal bersama, dan cipta kejayaan dengan segenap kekuatan. Banyak perkara yang perlu kita usahakan agar senyuman ini terus kekal.
Sebaik sahaja turun daripada pentas pada malam terakhir, aku gagal untuk senyum walaupun aku mahu. Sungguh, berasa sayu apabila terkenang saat pertama jejak bermula.
KITA SUDAH BOLEH TERSENYUM, aku berasa mahu mengalirkan air mata sebenarnya. Terima kasih semua!
"harapan yang pernah terkulai layu,
kembali segar mekar di bawah naunganmu,
aku telah temui kekuatan,
dalam kelemahan"
Salam.
No comments:
Post a Comment