Jiwa manusia yang kejam. Tanpa perasaan dan belas kasihan. Sungguh tegar melakukan bayi hasil darah daging sendiri seperti sampah yang suka dicampak di sana sini. Perlakuan moral manusia semakin menjelekkan.
Hal ini sepatutnya diperbetul daripada akar umbi lagi. Tidak perlu menunggu keadaan menjadi parah seperti sekarang ini. Tidak wajar pembelaan kepada mangsa-mangsa yang dikatakan terlanjur kononya. Mereka diagung-agung dan disanjung-sanjung. Masalah pokoknya, masih belum selesai. Sampai bila mahu memuja pasangan-pasangan yang terlanjur dengan zina? Mengapa bukan masalah zina sendiri yang tidak dibanteras dan dibendung habis-habisan? Sampai bila kita mahu hidup atas ihsan orang, konon pembelaan ke atas manusia-manusia kejam ini sebenarnya perlu kerana mereka tidak pernah minta untuk jadi begitu dan begini? Agama letaknya di mana? Undang-undang syarak sangat menyeksakankah? Benarkah hanya dengan menyatakan kita prihatin dengan masalah-masalah ini, peristiwa-peristiwa tanpa perikemanusiaan akan terhenti?
Aku juga sebenarnya tidak berbuat apa-apa. Aku juga sebenarnya sedar bahawa aku sendiri gagal untuk membantu. Aku cuma berpandangan, jangan kerana melihat kejadian pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi, soal zina terus diketepi. Hanya berfokus kepada bayi dan si ibu. Puncanya daripada mana? Kalau begitu, mudahlah untuk mereka yang singkat akalnya dan cetek agama berpendapat tidak mengapa berzina, kerana mereka tahu asal bercerita dengan riak sedih dan simpati, mereka akan mendapat pembelaan dan perlindungan. Aku tidak mahu begitu.
Sepatutnya berasa gembira apabila dikurniakan zuriat. Ucapkanlah syukur, Alhamdulillah... Namun biarlah zuriat itu hasil daripada satu ikatan yang suci dan diberkati oleh-Nya.
Kronologi kes pembuangan bayi yang berlaku seolah-olah bermusim. Semakin ramai mereka semakin berani. Kini, semakin hebat semakin menjadi-jadi. Semakin kita mahu membantu, semakin mereka berterus-terusan seperti itu. Tiada ibu yang mahu membunuh bayinya, kecuali kerana dia berzina, kerana malu. Mahukah engkau diperlakukan seperti itu sebaik sahaja dilahirkan? Mahukan engkau andai ibumu menidurkan dirimu di dalam tong sampah? Mahukan engku jika dirimu dijadikan santapan sang semut setelah kau penat menangis dan meronta kerana mahukan susu tapi tiada siapa yang peduli? Mahukan engkau?
Salam.
No comments:
Post a Comment