Selamat kembali. Sungguh seronok perasaan setelah tiba di kediaman sendiri. Syukur, Alhamdulillah... Walau pelbagai rintangan ku tempuh, akhirnya selamat kembali. Pengalaman tertinggal bas semalam kali pertama berlaku dalam hidup. Mujur masih ada teman yang menemani. Terima kasih teman kerana setia menanti bersama diriku ini.
Dalam perjalanan pulang, laut membiru. Indahnya lukisan Tuhan. Subhanallah. Tidak sabar menunggu petang, sangat kepingin untuk menikmati belaian sang bayu di pesisir pantai. Satu rasa yang sudah lama ku tinggal, suasana tenang di desa sendiri.
Waktu yang sedikit ini aku cuba manfaatkan sebaik mungkin. Mahu ku abadikan sebagai satu kenangan yang indah. Siapa tahu, waktu untuk kembali ke tempat yang lebih utama. Ketentuan Tuhan penuh dengan hikmahnya. Di saat terakhir, hanya mampu ucapkan, selamat kembali.
Salam.
No comments:
Post a Comment