YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Monday, April 25, 2011

MISCONCEPTIONS

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, sudah selesai dua paper untuk final exam semester ini. Ada lagi enam paper sedang menunggu untuk diperangi. Jom sama-sama berperang dengan pen dan kertas. Juga berperang bersama minda dan tulisan. Merenung tajam dengan mata mencoret dengan tangan. Peperangan antara pelajar dan pensyarah. Mari kita bertempur. Kami telah mengisi banyak ruangan kosong, jadi pohon berikan kami markah.


Jangan salah faham.


Berperang tidak semestinya dengan keganasan. Ada peperangan yang berbentuk dorongan. Berperang dengan teman untuk sama-sama berjuang dalam peperiksaan. Ada peperangan yang tidak perlukan senjata tapi lebih condong menyerang dengan perasaan. Contoh, berperang dengan perasaan sendiri untuk menentang pelbagai rasa-rasa yang mengancam. Wah. Sangat hebat. Sungguh hebat jika kamu berjaya melawannya. Jihad yang paling besar ialah melawan nafsu, kan?


Oh. Jangan. Jangan salah faham lagi tentang erti rasa-rasa yang 'mengancam' itu. Aku bermaksud seperti rasa rindu, terlalu sayang, terlalu benci, dengki, iri hati, cemburu dan yang seangkatan dengannya. Supaya hati kita suci. Jika kamu mempunyai fahaman lain, terpulanglah. Apa yang terlintas di fikiran kamu itu juga betul, jika kamu benar-benar faham tentang erti jihad. Mudah-mudahan. Alhamdulillah.


Baru-baru ini ada banyak kisah tentang salah faham. Rata-rata yang melibatkan perasaan. Kata mereka, rasa hati wanita dan lelaki tidak sama.


Aku hanya mengangguk.


Kata mereka, rasa yang tidak sama itu akan menyebabkan berlakunya salah faham. Waktu pemulihan juga memakan masa yang lama. Bosan menunggu. Jemu. Dia memang salah, tidak pernah meminta maaf dengan baik kenapa perlu dimaafkan? Aku faham kamu tapi kamu tidak faham aku. Betulkah? Tinggalkan sahaja. Ramai wanita yang lebih baik. Itu kata lelaki.


Wanita, jangan salah faham. Hakikatnya mereka masih lagi menunggu. Lelaki egois. Yalah, aku kan lelaki?


Wanita emosional. Juga mudah salah faham dengan tindakan-tindakan lelaki yang mencurigakan. Lalu hati jadi runsing, cepat sahaja berubah pandangan. Yang baik semuanya kelihatan jahat. Yang elok jadi buruk. Yang betul jadi salah. Yang benar dikatakan satu pembohongan. Tidak pernah bertanya dengan baik. Jadi dia yang silap. Betulkah? Mulut muncung, hati cuba ditutup. Lontaran kata-kata yang menyakitkan, supaya kamu tidak ambil peduli. Semuanya sengaja. Ah, wanita oh wanita...


Lelaki. jangan salah faham. Hakikatnya mereka masih lagi menunggu. Perempuan juga egois. Yalah, aku perempuan. Bukankah emosianal itu aku, jadi kamu harus bersabar?


Ah. Salah faham lagi. Aku pula yang terjerat dengan semua salah faham ini. Jangan salah faham. Aku hanya mahu menolong. Aku ada banyak pengalaman. Oh. Bukan. Kebetulan aku ada pandangan. Seronok melihat kebahagian teman-teman. Pohon doakan juga kebahagiaan aku. Amin.


-Mari berperang untuk dapatkan DL!-


-Doakan kejayaan aku, pohon dipermudahkan segala urusan untuk menempuhi peperiksaan kali ini. Ada cabaran yang menentukan masa depanku. Doa-doakan-




Kalau ada tuah di badan, kaca ku pegang menjadi permata. (Kredit to my roomate)


Salam.


No comments:

Post a Comment