YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Monday, May 2, 2011

AKU MAHU LENA

Assalamualaikum...

Rindu. Benar rindu. Pada gelak tawa. Bersama-sama. Itu dulu. Suatu waktu yang telah pun berlalu. Ketika waktu aku dalam sedar.

Dan. Kini, aku mahu lena. Sebentar. Jangan khabarkan kepadaku apa-apa berita.

Hatiku berserakan. Mereka sama-sama terbang. Nampak bahagia. Sungguh-sungguh jelas. Aku masih lagi mengutip sisa-sisa cebisan. Sudah kalah.

Orang yang lena tidak akan berbicara. Dia hanya terdiam. Sekali lagi, aku pasti kamu-kamu tidak akan pernah faham. Sebab kamu-kamu tidak pernah mentafsir, biar betapa terang pun keadaan.

Keperitan sentiasa bersamaku. Tangan ku hulur, tanda aku terima. Jika itu cara untuk kamu-kamu mengingati dan menghargai, memang sesuatu itu akan terasa bererti apabila ia tiada di sisi.


-Lena, tutupkanlah mataku-

Salam.

No comments:

Post a Comment