"Seekor manusia, Seorang binatang"
Bunyinya agak kasar. Tapi, itulah realiti. Hakikat yang pahit ditelan. Kebenaran yang nyata. Manusia kembali ke zaman jahiliyah...
Terhiris perasaan apabila membaca akhbar. Bayi tidak berdosa mati dibuang. Itu bukan bayi aku, tapi aku berasa sebak. Itu bukan bayi aku, tapi berasa kasih melihat wajahnya. Itu bukan bayi aku, tapi berasa benci kepada orang yang membunuhnya.
Kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Jumlahnya bukan semakin menurun, tapi semakin meningkat. Cukup menggambarkan betapa rendahnya moral masyarakat pada hari ini. Membuat maksiat tidak malu pada Tuhan. Sejurus mendapat zuriat, buang sahaja bayi tidak berdosa kononya malu kepada keluarga, malu kepada dunia. Akhirat di mana? Aku cukup kecewa, lebih-lebih lagi dalam kebanyakan kes, bayi dibuang di hadapan masjid. Kenapa masjid menjadi pilihan? Pada waktu itu baru mahu ingat pada Tuhan?
Pepatah seekor manusia, pada aku bukannya terlalu kasar untuk manusia berakal seperti mereka. Mereka wanita. Tapi hati tegar membunuh darah daging sendiri. Bayi kecil tidak mengerti apa-apa. Hasil maksiat penuh noda. Kucing pun pandai menjaga anak dengan kasih. Benar, ibarat seorang binatang. Inikan pula insan. Benar, layaklah bagi mereka seekor manusia...
Bagaimana perasaan? Jangan menjadi kejam... Kelak dihukum Tuhan. Dia akhirat nanti anak-anak itu akan bangkit menuntut nyawa mereka. Penyesalan tidak bermakna. Maka taubatlah... Tempat mereka sudah pasti di syurga. Mohonlah kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, jauhilah diri kita daripada dosa dan noda. Tempatkanlah kami, hamba-hambaMu ini dalam kalangan orang-orang yang beriman...

dunia oh dunia!
ReplyDeleteso pe tugas kite??
just berpluk tubuh dan mengeluh??
do something!!
yeah... we need TO DO SOMETHING!
ReplyDelete