YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Thursday, January 7, 2010

RUANG DAN PELUANG

Assalamualaikum wbt..


Sudah agak lama tidak bersua dengan kewujudan blog yang satu ini. Agak sibuk dengan komitmen sebagai seorang pelajar setelah sesi semester baru telah bermula. Minggu pertama, sudah ada kelas ganti dan tugasan yang perlu disempurnakan. Alhamdulillah... segalanya-galanya berjalan denagn baik. Semoga langkah pertama dalam semester 2 ini berjalan lancar supaya aku juga pantas berlari seiring dengan impian hati. Amin.


Oh ya, dalam minggu kedua ini, aku telah diberikan satu peluang yang selama ini memang sangat aku impikan. Namun, dalam ruang di tempat aku berdiri aku terpaksa melepaskan peluang itu.... walau hati sebenarnya meronta-ronta tidak mahu melepaskannya. Kaki dan tangan seolah-olah diikat, mulut disumbat tidak mengizinkan lunak suara berbicara, bukan kerana aku dihalang dan disekat, tapi kerana kesempitan ruang. Lantas aku sendiri menjadi terikat, terhalang dan akhirnya tersekat.


Benar, sesuatu yang baik itu tidak semestinya baik untuk kita dan sesuatu yang buruk itu tidak semestinya buruk untuk kita. Semuanya hikmah. Benar, kita perlu menghargai peluang-peluang yang datang, terutama peluang kali pertama kerana tidak mustahil tidak ada lagi peluang yang kedua seterusnya. Namun, kita juga tidak boleh berfikir hanya untuk kepentingan diri. Ruang membatasi keputusan hati. Pada aku, itu pengorbanan. Banyak hati yang perlu dijaga. Tidak mengapa hati sendiri sedikit terluka, tidak mengapa jika hati sendiri berasa susah. Itu pengorbanan. Kata seorang teman, "when u need to choose one from 2 way, choose the way that give benefit to others, not for urself.. it's sacrifice. But if u choose the way for your benefit, u will sacrifice others". Dalam ruang ini, aku mungkin rela mengorbankan diri sendiri, asalkan orang-orang yang aku sayangi tidak terkorkan dengan kerakusan diri sendiri. Peluang itu akhirnya telah pergi, namu aku tidak pernah berhenti berharap dan menanti moga-moga akan ada rezeki yang mendatang buat diriku nanti.


Aku percaya dengan adanya isthikarah. Bila di situ ada dua, minta padaNya jawapan yang satu. Hakikatnya. kita tidak boleh putus daripadaNya. Nak buat keputusan pun payah. Benar, lemahnya manusia.....

No comments:

Post a Comment