YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Saturday, January 2, 2010

PERMULAAN YANG BAIK

Assalamualaikum wbt

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 Masihi... Walaupun lewat sehari, tetapi aku tetap merasakan ini permulaan yang baik.

Pertama kali menulis di dalam blog sendiri, terasa agak janggal. Mungkin terlalu formal sususan bahasanya, walhal aku sedar hanya aku -penulis dan pembaca- buat ketika ini. Namun, aku tetap merasakan ini juga permulaan yang baik. Ada betulnya, jika takut memulakan langkah pertama maka tidak akan wujud langkah yang kedua buat selama-lamya. Sekurang-kurang mesti berani mencuba.

Kenapa mahu wujudkan blog? Aku sebenarnya bukanlah rajin menulis. Tapi aku suka menulis. Tapi tidak suka membaca. Aku suka berdebat. Tapi tidak tahu tentang isu-isu semasa (terlalu kontra) huhuhuuu~ Jadi, untuk mengubah kontradiksi ini, aku wujudkan blog, agar aku lebih banyak membaca, lebih rajin menulis dan juga lebih mantap apabila berdebat. Walaupun agak lewat, tapi aku tetap merasakan ini adalah satu permulaan yang baik.

Usia sudak menginjak ke angka 21 pada tahun ini. Banyak anjakan yang perlu aku lakukan terhadap diri sendiri. Semuanya aku fikirkan hanya untuk kemajuan diri dan keilmuan yang perlu banyak diisi. Mungkin blog ini ibarat satu diari, tapi bukannya seratus peratus berkisar tentang peribadi, cukup sekadar satu medan perbahasan buat diri sendiri... moga diriku terus tegak berdiri. Walaupun agak serabut entry yang pertama ini, tapi aku tetap merasakan ini satu permulaan yang baik...

salam

No comments:

Post a Comment