Tiada tempat untuk bercerita. Bukan tiada sesiapa yang sudi mendengar, hanya kerana tiada sesiapa yang sudi memahami. Masalah hati, kadang sukar untuk aku tafsirkan sendiri. Di antara cinta dan jua rindu, pada aku memang tidak dapat dipisahkan. Di antara irama dan lagu, kata orang tiada irama tiadalah lagu. Di antara ketawa dan air mata, tanpa kedua-duanya sepilah hidup, suramlah dunia.
Mahukah engkau mengerti, harapan yang serupa mimpi, mampukan ia terjadi? Aku akui, sejarah mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa... Tetapi, masih tidak mampu untuk melupakan kisah yang lalu. Yang dulu masih lagi dirindu, tidak akan hilang dari hatiku.
Berbicara soal cinta dan jodoh, tekak tiba-tiba pahit. Bercinta dan berkasih untuk mencipta bahagia dan membina hidup bersama-sama hingga ke penghujung usia. Soal rasa yang pahit, bisakah? Hidup diatur dengan molek oleh Tuhan, berimanlah kepada Qada' dan Qadar Allah. Lelaki yang baik takdirnya dijodohkan dengan perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Tiada sesiapa yang perlu dikorbankan andai cinta itu ikhlas kerana Allah Taala. Jangan bersedih hati tatkala ujian menimpa diri, sabar dan tenanglah. Keindahan pasti sedang menanti. Sebab itulah, perasaan ini ku simpan sepenuh hati. Supaya apabila tiba saatnya, nanti ia menjadi sebenar-benar kebahagiaan yang tersimpul mati... InsyaALLAH.

"Kadangkala kita senyum untuk menutup luka di hati
dan kadangkala kita ketawa
hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri,
Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin
sedangkan perasaan goyah menunggu rebah,
Apabila menangis tak siapa yang tahu
semuanya demi maruah diri.
Walau di mana pun kita,
Di mana kita berada,
Langit tetap dijunjung.
Selagi hidup jangan sesekali kesal dengan nasib diri,
kerana kita adalah sebahagian daripada
makhluk Tuhan yang sedang diuji..."

No comments:
Post a Comment