dan selamat pagi.
Jutaan rasa menzahirkan pelbagai cara. Rindu pada blog kadang-kadang membuatkan otak bercerita sendiri dan jari-jemari bergerak-gerak menyusun tari tanpa aku sedari. Rindu kepada keluarga telah mengundang mimpi tiap kali aku lena. Hati sendiri berasa tidak tenteram, jadi aku harus pulang.
Sudah agak lama aku biarkan ruang ini sepi. Macam-macam peristiwa yang terjadi. Sebenarnya banyak perkara yang terkesan dalam diari, tapi tidak mampu untuk aku coretkan. Bukan di sini.
Oh ya, final exam semakin hampir. Hanya sebulan. 30 hari waktu paling maksima untuk mencipta paradigma. Secara jujurnya, aku masih tidak bersedia. Aku sendiri merasakan, semangat belajar segan menjadi segagah dan sekuat sewaktu stpm. Kejutan budaya, mungkin satu alasan tapi bukan konkrit. Dulu aku mampu hadapi, kenapa bukan sekarang? Itu pentingnya muhasabah diri. Namun, aku kehilangan punca. Berada di tengah-tengah agak menyeksakan dan menyesakkan. Aku tidak ketemu dengan kedua-dua hujung.
Hidup ini penuh hikmah. Berada di tengah sekurang-kurannya memberi aku peluang untuk memilih di antara dua jalan. Antara dua jalan yang terbaik. Berada di tengah memberi aku lebih masa untuk berfikir sebelum memulakan langkah. Sekarang baru sahaja permulaan, mungkin esok atau lusa, atau biar pun lama mana aku akan bertemu dengan hujungnya. PASTI akan bertemu. Allah sangat sayang akan hamba-hambaNya. Aku mahu berada di sisiNya pada tempat yang paling baik. InsyaALLAH.

Ya ALLAH, permudahkan perjalanan hidupku..... amin.
No comments:
Post a Comment