Ini persediaan awal. Untuk menghadapi hati yang bakal mati, sebelum jasad dikebumi. Aku telah bersedia untuk memahat segala kenangan yang pernah hidup. Biar ia sama-sama mati. Perit, walau tidak sama peritnya saat roh mahu dicabut oleh malaikat maut. Ya, keperitan ini adalah sebagai salah satu daripada persediaan.
Aku sudah bosan berhadapan dengan manusia yang gemar berpura-pura. Bercerita situ-sana konon dirinya TERBAIK. Sedang cerita di pihak aku, tidak pernah pula mahu untuk bertanya dan meminta perjelasan. Aku dilihat sebagai pesalah. Ya. Itu juga sebagai persediaan. Usah berasa kesal selepas kehilangan. Usah berasa kecewa setelah diketahui cerita sebenar. Kerana saat itu, AKU SUDAH TIADA DI SISI.
Penyakit hati bertambah-tambah parah.
Namun...
Aku tidak pernah terlupa yang aku pernah gembira bersama dia. Walau dia terleka, dan tidak pernah mengetahui bahawa aku selalu mengambil berat tentang dirinya. Kadang-kadang aku senyum sendiri kerana dia buat aku bahagia. Adakalanya aku menangis kerana terlalu rindui dia. Orang itu pernah berkongsi suka dan duka suatu ketika...
Sayangnya, orang itu telah pergi terlalu jauh. Aku tidak larat mahu mengejar, kerana hatiku hampir mati. Jasadku dipanggil-panggil bumi...
Inilah gunanya memahat kenangan. Supaya keperitan itu tidak terlalu perit.
Sudahnya, di akhir kehidupan ini rasa mahu menghargai itu hanya wujud setelah mati. Moga kasih tidak terhenti. Sebelum aku pergi, maafkan atas segala kekhilafan diri.
Sayang semua.
Salam.
No comments:
Post a Comment