YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Tuesday, May 17, 2011

MENARUH HATI

Assalamualaikum...





-Berbicara dengan alam, kadang aku merasakan bahawa 'mereka' lebih faham-


Aku menaruh hati yang satu ini kepada banyak-banyak hati. Tidak tahulah bagaimana nanti pulangan. Ada seorang teman berpesan, prinsip memberi tidak semestinya kita akan menerima. Tapi malangnya, rasaku berbeza. Kerana, ketika aku memberi pasti aku mengharapkan sesuatu. Biarpun hanya balasan sebuah senyuman, walau sekadar ucapan 'terima kasih', hatta anggukkan sekalipun, itu sudah cukup sebagai satu bentuk penerimaan.


Aku rela gadaikan semuanya. Ambillah. Demi permintaan tunggal ini. Aku kental menaruh hati.


Moga ianya bukanlah semata-mata ucapan. Moga ianya, menjadi kenyataan. Amin.


Salam.

2 comments:

  1. dan xsemua yg kita nak, akan kita dpt.. T_T

    ReplyDelete
  2. betul... tak semestinya akan dapat. sebelum kita tau kita akan dapat atau x, kita telah pun menaruh hati... lumrah kan..

    ReplyDelete