YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Wednesday, May 18, 2011

MENARUH HARAPAN

Assalamualaikum...

Kisah ini berkenaan dengan adikku. Ketika azan maghrib berkemundang, dia perlahan-lahan menyelak dedaun pintu, mengintai dari luar. Perlahan-lahan kepalanya menjenguk ke dalam sambil kakinya terjulur ke belakang.

Aku memandang penuh soal. Gayanya memang seperti mahu membodek. Dengan suara halus, lantas di suarakan isi hati.

"Kak In, esok Amad ada jamuan".

Dah. Sepatah ayat sudah cukup menjelaskan apakah kehendaknya. Apakah kemahuaannya. Apakah harapannya.

Senget budak ni. Malam ni ada tahlil kat rumah opah. Manalah sempat nak godek kuih untuk dia. Adeh!

Kami sampai di rumah seusai tahlil. Malam sudah lewat. Dan sebelum anak halus itu masuk tidur, sempat lagi dia membuat lawatan rasmi ke bilikku. Masih lagi menaruh harapan.

Seperti biasa, kepalanya menjenguk ke dalam ruang kamar. Kali ini kelihatan takut-takut.

"Kak In..."

Mata aku membulat. Merenung. Arghhhhh... Yela dik oiii. Jap gi Kak In buat. Adeh! Projek malam tadi bermula tepat jam 12.30 pagi. Geram jugak, tapi seronok dengan hasilnya.

Ni dia.... Tadaaaaa~


*


*

*


*


SUPER DUPER DELICIOUS CREAM PUFF (^_^)



-Resepi di sini-



Betul, bila hati ikhlas... InsyaALLAH akan menjadi. Ada orang yang menaruh seribu harapan. Jika tidak tertunai, hati juga akan berpecah seribu. Berantakan. Kecewa. Pagi tadi senyuman Amad lebar hingga ke telinga. Aku gembira bila dia juga gembira. Juga, hari ini aku bakal berubah hati. Bakal menelan kepahitan. Mungkin. Biar aku sendiri pergi, moga Allah bertambah kasihi. Amin.



Salam.

2 comments: