YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Friday, June 17, 2011

MAYBE FOR REAL

Assalamualaikum...

Terkadang, aku tertanya-tanya kepada diri sendiri...


Betullkah keputusan yang aku ambil ini? Betulkah demi menjaga hatiku? Atau demi hati-hati yang lain? Banyak perkara yang menjadi pengasak. Aku sampai sesak.


Dalam gelanggang terakhir itu, seingat aku... Ada seseorang yang memberi janji. Mungkin janj itu sudah dilupa, atau mungkin sebagai umpan sahaja. Aku masih ingat tentangnya, tapi aku tidak pernah bertanya. Mungkin juga dia selalu begitu, hanya berfikir tentang dirinya.


Setelah banyak hal yang berlaku, dia masih menganggap dirinya sebagai pejuang serta mahu dirinya dikenang oleh setiap insan. Zahir yang terluah, tak kan mudah untuk ditongkah. Hati yang kecil itu selalu sahaja bersuara, walau sering dipendam oleh tuannya. Kali ini aku juga tidak akan mudah terpedaya. Sudah-sudahlah... Cukuplah dengan segala kata-kata dusta yang mungkin tak sengaja kau ciptakan. Sehingga kau berjaya menjarakkan sebuah jalinan. Memang hebat. Namun, hebatmu tidak akan ke mana-mana. Aku pasti kebenaran tetap akan dibongkar. Biarlah jika bukan di dunia. Biarlah di akhirat sana. Biar Allah yang menghakiminya.


Aku optimis untuk melindungi sesuatu yang aku sayang. Walaupun aku sendiri menjadi korban. Betullah, betul... memang tidak boleh jika terlalu sayang. Aku juga sebenarnya silap method ketika berbicara. Tapi, aku tidak pernah malu mengaku dan memohon kembali. Hanya sekali maaf.


Di hujung perjalanan ini, aku tahu aku perlu kuat. Meninggalkan sesuatu yang disayang demi mendapatkan kesayangan yang lain amat menyebalkan. Sangat perit untuk mengorbankan salah satu daripadanya. Apatah lagi, kesayangan yang lain itu belum pasti akan jadi milikku. Seperti satu pertaruhan. Hidup ini sentiasa penuh dengan ujian-ujian. Bukan hal yang janggal.


Alhamdulillah...


Ucapan itu biarlah datang dari bibir yang digerakkan dari hati. Supaya nilai syukur itu benar-benar berkesan.


-Maybe i will leave it, maybe for real-

Jangan gunakan tebu yang ditanam di pinggir bibir itu untuk senang-senang katakan kau sayang. Kalau sayang itu betul datang dari hati, cukuplah hanya sekali maaf. Jangan pandai menyuruh orang menelan pahit, sedang kamu sendiri tidak pernah mahu menelannya. Juga jangan menyuruh aku membuka pintu hati lagi, kalau pintu hatimu sendiri telah kau tutup rapat. Usahlah mencari manisnya redho, kalau kamu terus begini.

Salam.

No comments:

Post a Comment