Assalamualaikum...
Mengapa mesti ada masalah? Setiap hari. Tanpa henti. Hingga aku jadi lelah. Mahu berlari sekuat hati. Tapi mahu ke mana? Di bumi ini tiada tempat untuk bersembunyi.
Betul-betul rasa resah. Soalan-soalan yang tiada jawapan. Janji-janji yang takut dikotakan. Harapan-harapan yang semakin pudar. Air mata sudah menjadi tawar. Tanpa natrium. Hampir-hampir sahaja kontang.
Cepat. Hatiku semakin tidak sihat.
Namun, aku masih lagi boleh ketawa. Tersenyum simpul. Berjenaka. Ada kala wajah berubah tiba-tiba. Tiada ekspresi. Masam. Begitulah. Sekejap panas. Sekejap hujan. Seperi cuaca, selesa bercanda. Kadang-kadang sengaja bersenandung. Perasaan cuba berpura-pura. Berdrama.
Dua hari lepas aku berlari dalam hujan. Larian yang sungguh-sungguh. Demi mengelak titisan-tisan hujan. Kerja yang sia-sia. Aku tetap terkena tempiasnya. Kerana hanya ingin memiliki 'Moga Bonda Disayang Allah'. Buku itu aku cari di sini di sana. Tapi aku tetap berpatah ke tempat yang pertama. Tinggal naskhah yang terakhir. Aku jatuh cinta pada judulnya. Aku bukan pecinta novel. Tetapi 346 halaman bercetak itu mampu aku habiskan hanya dalam masa dua purnama. Ada sesuatu yang aku temui. Sampai hati menjadi cair. Sampai mataku tidak berkedip. Ligat berputar-putar. Berfikir.
Dalam hidup perlu ada rasa syukur. Bersyukur atas ujian-ujian. Juga bersyukur atas nikmat-nikmat. Sehingga kini, aku masih lagi menunggu mesej itu berbalas. Betapa berat. Aku yang celik seolah-olah buta. Aku yang dapat mendengar seolah-olah tuli. Aku cuma mahu mencari redha Ilahi. Jangan, jangan menangis. Air mata, seperti mata air yang mengalir deras dari rimbun pepohon di kaki gunung, justeru aku mohon, jangan menangis. Bonda, moga Bonda disayang Allah.
-Lumrah hidup mahu berpasangan. Hujan dengan awan. Ketawa dan tangisan. Hidup ini penuh cabaran. Dihiasi ujian. Ujian yang dihujungnya ada kesenangan. Jadi, perlu sabar. Berdoa. Dan terus berdoa. Ya Rahman, Maha Pendengar Rintihan, beri aku kekuatan-
Salam.
No comments:
Post a Comment