Assalamualaikum...
Aku semakin gagah mengatur langkah. Semakin rancak berlari. Lebih-lebih lagi pada musim-musim begini. Sungguh aku punya banyak alasan konkrit!
Aku sengaja. Lari. Memilih sepi. Rasa sayang yang menikam. Aku tidak perlukan ubat. Malah tidak pernah mencari. Juga tiada yang sebenarnya sedia menghulur. Tiada yang memberi.
Tidak mengapa. Mereka juga jaguh! Merekalah yang terlebih dahulu memulakan larian. Waktu itu mataku terkebil-kebil. Rasa ketinggalan. Rasa pahit. Rasa sayang yang mula, dan akan pudar. Sedikit-sedikit. Aku sudah tidak punya hati. Pada mereka.
Aku mahu sendiri menyepi. Biar akulah yang tenggelam dalam renungan. Ada apa pada aku? Biar perlahan-lahan aku cari mengapa aku berasa hampa. Mungkin jua aku yang tersalah. Mungkin tersesat. Mungkin terlebih. Mungkin. Dan banyak perkara yang menjadi mungkin. Mungkin lagi.
-Selamat berjaya. Selamat berbahagia-
Jangan bertanya sampai bila aku akan begini. Biarlah. Biarkan aku sendiri. Biar aku yang menahan. Kamu-kamu sudah jauh di hadapan, cukuplah aku sebagai pemerhati di belakang. Kita tidak mungkin akan bertemu di garisan penamat. Pertemuan itu, nanti mungkin di luar medan. Saat kita masing-masing sudah punyai hidup.
Aku juga tahu, mereka tidak akan pernah faham. Oleh itu, SELAMAT TINGGAL KENANGAN.
Salam.
No comments:
Post a Comment