Tolonglah. Hatiku sudah retak beribu-ribu. Hampa. Betul. Janji-janji yang ibarat kata-kata dusta. Semuanya bohong. Bohong. Bohong. Bohong....
ALLAHU AKBAR!
Dia pantas mengucapkan kata-kata itu tadi.
Aku banyak berdosa. Yang melingkari setiap bucu hati. Telah lama meresap ke dalam akar yang bertapak lalu subur di urat nadi. Aku berdosa. Air mata ini berjujuran, ibarat mata air yang mengalir tatkala tanah di bumi ditusuk mata pedang.
Ini takdirku. Kedukaan demi kedukaan, akhirnya tidak dapat dibendung lagi. ALLAH, mampukah aku? Berapa kali harus aku tegaskan, berapa kali harus aku nyatakan, berapa kali harus aku luahkan bunyi-bunyi harapan, berapa kali aku pohon agar kau faham, berapa kali... Berapa kali?
Aku mahu tinggalkan segala noda. Aku berasa jijik. Bukan itu takdir yang aku mahu.
Salahkah meminta keredhaan? Salahkan meminta kebahagian? Salahkah untuk meninggalkan segala kemaksiatan? Salahkah jika aku mahu kembali ke jalan suci?
Aku tidak mahu harta dunia, yang sememangnya hadir untuk dibangga-bangga. Hanya untuk tanyangan, bermegah dengan nikmat yang tidak dapat dibawa ke syurga.
Hebatkah selepas belajar terus masuk bekerja? Hebatkah selepas bekerja dapat miliki kereta? Hebatkah mengusung bangga untuk ditayang kepada sanak-saudara? Hebatkah?
Berbanding aku yang meminta keputusan begini? Lekehkah aku? Tidak mengenang budikah aku? Tidak tahu malukah aku? Derhakakah aku? Derhakah aku... Derhakakah aku?
Hati disiat-siat. Sudah pun robek. Jari-jari ini terketar-ketar. Kecewa.
Bukannya aku mahu tinggalkan semua orang yang begitu banyak berjasa. Bukannya aku mahu lari meniggalkan dunia. Bukannya aku mahu pentingkan diri. Bukan begitu! Bayang-banyang akhirat sudah lama menggapai-gapai. Memanggil, menggamit. Tidak nampakkah aku sedang berusaha untuk ke sana?
Aku fikir, fikiranku lebih panjang. Aku percaya ALLAH selalu ada untuk membantu aku. Aku percaya rezeki akan melimpah-limpah selepas itu. Aku percaya, sungguh aku percaya dengan niat yang tersemat di dada.
Aku tahu susah. Aku tahu akan jadi sukar. Tapi itulah namanya kehidupan. Mesti berani menempuh cabaran. Walaupun perit, tapi hati tetap tenang. Percayakah? Aku percaya.
Aku sayang semuanya. Sayang... Terlalu sayang. Teramat sayang. Bagaimana aku akan lupa kepada tangan-tangan yang telah membesarkan dan mendewasakan aku? Bagaimana mungkin aku akan jadi mabuk hanya kerana cinta? Cinta kepadamu pasti lebih lagi, pasti. Sebab itu aku minta begini. Sebab itulah... YA ALLAH, lemahnya imanku.
Aku orang yang belajar agama.
Ya. Situasi kita tidak serupa.
Kilat di luar sambar-menyambar. Guruh sudah mula sahut-menyahut. Di sudut bilik ini, aku sudah pun kehujanan. Saat ini, aku banyak berfikir tentang mati. ALLAH... Ampunkan dosa-dosaku. Permudahkanlah segala urusanku.
-Aku yakin dengan takdirNYA, pasti itu yang terbaik. Tapi aku akan berusaha, berpandukan istikharahku pada suatu masa-
Salam.
No comments:
Post a Comment