YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Friday, May 6, 2011

SELAMAT PERGI

Assalamualaikm...

Aku akhirnya berjaya menahan air mata. Berjaya, tapi kejayaan ini bukanlah kejayaan yang apa-apa, tidak layak untuk dibangga-bangga. Kebiasaan ini akhirnya berjaya diubah.

Tatkala mengetahui segala hal yang menggembirakan, seharusnya ada teman yang menjadi tempat untuk berkongsi rasa. Teman yang menjadi bintang.

Tinggi di langit. Bertemu dengan cahaya bulan yang lebih bergemerlapan. Bulan hanya meminjam cahaya matahari, kelihatan bersinar pada malam hari. Padanya lebih indah, kali. Betul, pada mula-mulanya amat sukar untuk berdiri. Dia tiada di sini kini, tapi hanya ada di hati. Selamat berbahagia, semoga itulah cahaya cinta yang di cari.

Sudah tiba masanya untuk memahat segala kenangan. Untuk menutup tirai episod akhir. Kecewa, terpisah. Bukan ini semua yang aku inginkan.

Percayalah, aku amat berasa bahagia bersama kamu-kamu. Walaupun... yalah, walaupun aku kadang-kadang hampir sahaja patah hati. Beri aku masa untuk merawat emosi, tiada langsung peluang untuk sembuh sehingga ke hari ini. Terima kasih, atas segala-galanya.


-Selamat pergi, bintang-

Salam.

No comments:

Post a Comment