Ada banyak cerita, yang terkandung di dalamnya beribu-ribu rahsia. Suratan SI PENCIPTA, apalah kudratku sebagai hamba untuk terus bertanya. Hanya mampu memohon. Berdoa dan terusan menaruh harap.
Melihat dan memerhatikan kisah-kisah cinta yang tertunai, hati ini ibarat dirobek-robek. Bagaimana aku? Nanti. Aku tidak mahu menyakitkan siapa-siapa. Aku tidak mahu melukakan hati siapa-siapa. Kerana aku cukup-cukup sayang semuanya. Tolong, janganlah terlalu payah untuk memahami.
Laranglah air mata daripada menitis. Pujuklah hati agar tidak terguris. Pandanglah langit, segala-galanya sudah tertulis. Gesalah akal supaya semakin bertambah sabar. Pejam, pejamkanlah mata, ucapkanlah pujian-pujian kepadaNya moga hati bertambah tenang.
YA TUHAN, kurniakanlah aku sekuntum senyuman agar aku dapat terus bertahan.
-Aku bukannya mahu menjadi Si Puteri, ibarat cerita cinta di alam fantasi...
Photo by Snapcolor Photography
Photo by Snapcolor Photography
Permudahkanlah semua urusanku. Moga ada bahagia, di penghujung penantian.
Salam.
post kali ini mcm dh orang nak berkahwin je...
ReplyDeletekalau ya jangan lupa ajak makan nasi minyak...:)
Hihi. InsyaAllah. Doa2kanlah jodoh saya :)
ReplyDeleteYang paling hampir 4hb Jun, majlis kakak. Jemput sefamily datang ek.