Ketika ini aku masih lagi berada di pejabat. Ada maruah yang tergadai. Lagi.
Si gadis itu datang dari jauh. Dia nampaknya tidak gelisah. Tenang. Baginya, perkara seperti ini mungkinlah perkara yang biasa. Ini sekadar tekaanku yang tiada jawapan. Gadis, pohonlah sedar!
Mata sang kekasihnya, berair. Merah. Aku tidak tahu sama ada dia menangis atau tidak. Yang pasti, di amat cemas sekali tidak seperti si gadis. Suaranya tegang, walaupun dia sebenarnya cuba untuk bercakap secara baik. Kerana ada getar yang cuba ditahan. Aku tahu emosinya ketika itu tidak terkawal. Wajarlah. Mungkin juga dia sedar itu satu kesalahan yang besar. Dia lelaki. Haruslah begitu. Selain memikirkan tentang dirinya, pasti khayalan tentang si gadis tidak ketinggalan. Aku lihat mereka berdua tidak berbicara. Masing-masing diam. Mereka sudah hilang kata, sudah hilang maruah.
Otakku pusing. Sibuk memikirkan masalah orang. Bagaimana nanti mahu berhadapan dengan keluarga? Perhubungan mereka? Rakan-rakan? Aku jadi serabut. Aku mentah benar, baru mahu mengenal dunia. Benar, realiti tidak sama seperti cerita yang sampai ke cuping telinga. Azab!
Nota : Cik Ain sedang menjalani latihan praktikal di Pejabat Agama Daerah dan ditempatkan di Unit Penguatkuasa Syariah. 22 Mei- Sepasang kekasih telah ditahan atas kesalahan khalwat Seksyen 31 Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3000 atau penjara tidak lebih dari 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Jaga maruah. Jaga diri.
Salam.
No comments:
Post a Comment