Apakah gunanya memendam rasa? Aku jadi diam ketika merenung ke dalam hati. Kelat. Dan pahit. Kata Encik Taufik, hidup ini 'satu perjudian'.
Aku merenung wajahnya sambil merenung tentang kata-katanya. Aku mencari maksud. Renungan itu memberikan jawapan. Kerana aku secara tidak langsung kembali lagi merenung ke dalam hati. Benar. Aku telah 'memperjudikan' sesuatu. Dan aku tidak tahu, adakah aku akan menang dalam 'perjudian' itu. Bahagiakah atau derita?
Keluhanku berterusan setiap malam. Aku buntu. Sekejap bersemangat sekejap tidak. Sekejap percaya sekejap tidak. Tidak menentu. Tidak seperti dulu. Aku semakin bertambah parah.
Semakin resah. Semakin mengintai tanah di bumi. Semakin mengira waktu. Semakin pilu.
Think who brings us to this world. The side effect of love, make us paralyzed.
Salam.
No comments:
Post a Comment