YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Wednesday, October 10, 2012

AZAM HIDUP

Assalamualaikum....

Azam untuk hidup selalu ada. Malah selalu juga bertambah azam yang baru. Yang bagus-bagus. Selama mana hidup, semakin mencabar azam yang dibina.

Gelaran sebagai ibu itu agak berat. Tapi di sebaliknya terkandung beribu nikmat. Nikmat hidup yang Allah Taala janjikan, indahnya tiada bandingan. Kata si dia :

"Manusia semakin semangat untuk hidup kerana ada anak. Kita ibu bapa yang mencorak anak kita harus jadi bagaimana."

Kami masing-masing punya agenda. Tentang bagaimana untuk membesarkan anak ini. Masanya hampir tiba, untuk memulakan azam hidup yang baru bersama anak tercinta.

My Child My Soul

Semoga anak ibu dan ayah menjadi anak yang soleh. InsyaAllah. Amin.

Salam.


No comments:

Post a Comment