YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Friday, January 29, 2010

AIR MATA KETIKA HILAI TAWA

Assalamualaikum w.b.t....

Pagi Jumaat. Ceramah Pengucapan Awam dan Pertemuan dengan Pendebat Terbaik Malaysia. Tidak mahu, tapi pergi juga. Rupa-rupanya banyak hikmah yang kunjung tiba. Lontaran semangat yang padu tepat memanah dada. Alhamdulillah... syukur. Terima kasih buat saudara Absar, kerana nasihat. Sekalung penghargaan buat Encik Syamsul Amri, perkongsian ilmu nyata tidak sia-sia.

Othman 1 hari ini bergegar denagn hilai tawa. Seronok. Tapi, ada juga kulihat ketawa sambil mengesat air mata. Kerana terlalu humor, mungkin. Dalam waktu yang lain, ketika aku dan mereka sedang bergelak ketawa ada juga yang sedang mengesat air mata. Waktu di seluruh dunia tidak sama. Berbeza. Keadaan juga sangat kontra. Di sini aman, di sana tidak tenang. Suasana yang hura-hara, kacau-bilau, derita dan juga sengsara... Itu kedaaan di sana. Di celah sudut dunia. Tiba-tiba teringat tentang mangsa gempa di Haiti. Mereka menangis, dan aku sedang ketawa. Terkenang pula kisah rakyat Palestin dan Iraq. Mereka berduka melihat kemusnahan perang dan aku sedang ketawa. Melayang-layang ingatan terbayang senyuman bonda yang terpahat di hati. Dia tersenyum kelat, dan aku sedang ketawa. Masih setiakah menanti? Aku sedang menunggu waktu pulang. Dalam melewati waktu itu, aku banyak ketawa. Tanpa sedar, ramai yang sedang derita.

Intipati pada hari banyak berkisar tentang perjuangan dan pengorbanan. Perjuangan untuk mendapat kemenangan. Pengorbanan untuk memberi sumbangan. Kata Encik Syamsul, tanpa kemenangan yang hebat orang tidak akan memandang kita. Betul. Aku sangat bersetuju. Kata Encik Syamsul lagi, jika tidak mampu berkorban, kita sebenarnya tidak mampu untuk berjuang. Betul. Aku juga sangat bersetuju. Namun, bukan nama gah yang ingin dicari. Perjuangan untuk memartabatkan mahasiswa dan universiti. Itu matlamatnya. Aku cukup kagum.

Aku juga mahu begitu. Berkorban untuk berjuang. Ketawa dalam tangis. Hari ini sedaya upaya melukis senyum. Sebuah lukisan yang indah. Mampu memberi ketenangan kepada mata-mata yang memandang. Agar mereka bahagia dan tidak terluka dengan wajah yang masam mencuka. Aku berharap hari ini berakhir denagn sempurna. Sangat gembira jika kedua-duanya dapat dicapai dengan kedua-dua tangan. Semoga semuanya berjalan lancar. Mudah-mudahan...


we can't do all great things, but we can do small things with great love

No comments:

Post a Comment