Tuan Muda oh Tuan Muda! Mungkin kerana terlalu ghairah mahu menjadi kerabat istana, berani pula dia mengaku anak angkat Tengku Mahkota! Aku kagum sebenarnya, dia memang berani. Seakan-akan tidak percaya, lakonannya berjaya memperdaya pelbagai pihak. Usia masih muda, pintar dalam akademik pula tu... Aduhai Tuan Muda.
Aku teringat kisah sewaktu sekolah dahulu apabila ada seorang rakan yang mengaku dirinya sebagai kerabat diraja Pahang. Mula-mula disangka hanya gurauan, kemudian timbul rasa percaya, namun dek terlalu banyak pembohongan-pembohongan yang akhirnya telah dibongkar, aku sedar, aku telah diperdaya. Dia seorang rakan yang baik dan berbakat. Namun, mungkin kerana terlalu ingin mencari kesempurnaan identiti, begitulah jadinya... Lucu juga rasanya, apabila aku tersipu-sipu malu ketika berjalan dengannya, yelah berjalan dengan puteri diraja Pahang... Siapa tak teruja? Rakan aku yang seorang ini kini telah pun berumah tangga. Alhamdulillah... Aku gembira melihat kebahagiannya. Suaminya pula, bukan calang-calang orang. Sudah tersurat, jodoh mereka. Semoga berkekalan sepanjang hayat hendaknya. Cerita lama, seronok untuk dikenang.
Berbalik kepada cerita tentang 'Tuan Muda' tadi, aku bersetuju dengan pendapat seorang ustaz yang pernah mengajar remaja terbabit sejak berumur empat tahun. Menurut beliau, 'Tuan Muda' seorang pelajar yang pendiam dan pintar. Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak lain yang mendorong remaja tersebut bertindak sedemikian. Pengaruh dorongan sebenarnya amat kuat. Daripada tidak mahu, hanya akan tinggal mahu setelah didorong. Ingin ke kiri, namun ke kanan yang kita pergi. Kuasa dorongan, formulanya hanya petah bicara dan handal berhelah.
Kesudahannya, pembohongan 'Tuan Muda' terbongkar. Mujur apabila Tengku Makota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan memberi pengampunan kepada remaja terbabit sekiranya dia memohon maaf dan membuat akujanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Tak mengapalah dik, jadikan ini pengajaran. Kalau benar teringin nak jadi Tuan Muda, jom kita sama-sama nyanyi lagu buai laju-laju.... huuuuu~
Kembalilah kepada fitrah. Syukurilah siapa kita. Gembira dengan hidup, tidak perlu berpura-pura. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!

Salam.
No comments:
Post a Comment