YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Saturday, April 17, 2010

MATI ITU PASTI!

Assalamualaikum...

Daripada Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"Perbanyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan"
Hadis Riwayat Tirmizi

Sesuatu yang memutuskan kelazatan ialah mati. Kematian itu pasti. Benda yang hidup dan bernyawa pasti akan mati. Setiap masa kita mendengar cerita tentang kematian. Cerita tentang kematian hari ini, seorang artis telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Al-Fatihah buat Achik Spin dan takziah buat keluarganya.

Aku juga pernah menerima keadaan seperi ini. Senyuman yang terakhir dan bercahaya, aku rindukan abah. Kematian bukanlah satu perkara yang dapat kita duga. Apatah lagi jika diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga. Namun itulah hakikat dan aturan Tuhan. Setelah abah, atuk pula dijemput ke sisiNya.

Seorang teman bertanya : Ain tahu apa itu mati? Sebelum sempat aku memberitahu, katanya mati itu tidak bernyawa lagi. Hilang segala kelazatan. Alam barkzah menanti. Akhirat itu memang akan terjadi, cuma kita tidak tahu bila, hanya menanti, menghitung hari, mengumpul bekalan untuk ke firdausi.

Hari ini kita mendengar tentang khabar kematian orang lain, dan pada hari lain, orang akan mendengar khabar tentang kematian kita. Ya Allah, tempatkanlah hamba-hambamu ini dalam kalangan orang-orang yang beriman... Amin. Hari ini, kita pergi mengusung jenazah orang lain, nanti pada suati hari, jenazah kita pula yang akan diusung orang. Hari ini, kita menyembahyangkan jenazah orang lain, tidak lama nanti, kita pula yang akan disembahyangkan. Namun, perkara yang paling penting ini mudah kita lupakan, mudah kita menjadi alpa, atau sengaja kita tidak mahu mengingatinya.

Bilakah masanya nyawa akan dicabut oleh malakulmaut, di manakah tubuh kita akan terbujur kaku, sejuk kedinginan dan sudah tidak bergerak lagi, kita tidak tahu. Ketika roh naik ke atas langit, kita pun masih belum tahu adakah roh kita akan diterima untuk berhimpun bersama-sama arwah para anbiya'. syuhada', dan ulama' atau dicampak ke neraka (na'uzubillah min zalik).

Mengingati mati adalah pencuci hati yang paling berkesan. Ya Tuhan, berilah keampunan. Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ampunkan dosa-dosaku, terimalah taubatku. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan yan Maha Pengasih dan Penyayang.

Tiba-tiba rindukan abah dan atuk. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah. Al-Fatihah. Abah, Ain final exam esok, teringin nak bersalam dengan abah. Abah, nanti Ain pun akan ke sana.


Salam.

No comments:

Post a Comment