YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Monday, January 10, 2011

SAYANG-SAYANG BUAH KEPAYANG

Assalamualaikum...

Sepi membawa derita. Oleh itu, hidup perlu kembali ceria, sebagaimana lazimnya. Bukan sukar, senyum sahaja. Pasti dirimu akan tiba-tiba berasa luar biasa. Suasana mula bertukar rupa. Indahnya, dengan dunia dihiasi pelbagai warna.

Buah kepayang masih di situ. Letaknya tidak berganjak. Nak dimakan, takut berasa pahit, tapi nak buang, aku sebenarnya rasa sayang. Jadi, apakah yang perlu aku lakukan? Mata berkedip-kedip. Sedang bibir menjuih. Tapi hati kata, dia masih lagi kasih.

Payah sebenarnya hendak membuang rasa pahit, satu rasa kita tidak pernah suka. Rasa buah kepayang. Pernah aku mendengar cerita, biji buah kepayang perlu direndam di dalam sungai selama seminggu dan kemudian mesti direbus lebih kurang 45 minit sebelum dapat dimakan. Proses merendam dan merebus itu pula perlu dilakukan dengan cermat. Aduhai buah kepayang!

Oh. Terlupa. Dan biji buah kepayang yang berwarna putih akan bertukar menjadi kehitaman setelah direndam di dalam air. Tapi, buah kepayang di hadapan ku itu, samakah dengan buah kepayang ini? Aduh.

Proses untuk menghilangkan pahit itu sememangnya sedikit sukar dan memakan masa. Namun, percayalah buah kepayang akan berubah rasa. Mesti banyak bersabar. Sebab, pesan seorang teman, sabar itu subur. Kerana aku cukup yakin, biji buah kepayang kesayanganku yang berwarna hitam itu bakal bertukar putih! Mudah-mudahan..

Buah kepayang masih lagi disayang. Sebab itu, aku dan mereka tidak pernah berpaling pandangan. Buah kepayang juga, punya kelebihan yang tidak ada pada yang lain. Jadi, tindakan membuang buah kepayang adalah tidak tepat. Jujur, buah kepayang itu punya nilai yang tersendiri. Tidak rugi andai kita menghargai, biarpun terpaksa menelan sakit di hati.

Aku suka buah kepayang, walau rasanya pahit. Sayang-sayang buah kepayang, ditelan pahit dibuang sayang!


-Welcome Cik Rogayah Ghozi. Thanks for the sweet heart!
Jom-jom klik
mylittleheart-

-Selamat Hari Lahir ke-22 buat Adib Aiman Badrul Sahar,
moga Allah merahmatimu selalu-



Salam.

No comments:

Post a Comment