YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Saturday, January 1, 2011

HARI PERTAMA

Assalamualaikum...

Hari ini hari pertama tahun baru masihi. Sama sahaja seperti hari-hari sebelumnya. Tidak ada apa-apa beza. Cuma, mungkin setiap peristiwa pasti terselit satu kelainan yang di luar biasa. Dunia oh dunia.

Juga luar biasa, kerana tidak ada apa-apa yang mahu dicoret dan dibicara sebagaimana lazimnya. Berwaspada! Bahasa, janganlah membuka rahsia. Di sini bukan tempatnya.

Oh ya. Hari ini bonda kurang sihat. Jadi, hatiku berbisik mengajak supaya tidak pulang ke Khawarizmi. Alangkah mudah, jika aku ini seorang pelajar yang derhaka! Tapi malangnya, aku tidak bisa.

Dan, prinsip kali ini : Tidak perlu kerap bertemu lagi. Jagalah hati. Usah berfikir mengikut emosi. Nanti jadi mati, terpaksa menelan diri sendiri.

Aku sudah beringat-ingat. Indahnya tarbiah Ilahi.


-Tiba-tiba, berasa sangat teringin untuk bermain salji,
dan-

-Juga ingin menikmati triffle strawberry-


Salam.



No comments:

Post a Comment