Tititisan air yang kecil bercucuran deras jatuh dari awan. Mata meliar, sambil memandang ke arah langit. Tubuhku, menggigil kedinginan. Suara sang hujan sayup-sayup kedengaran. Rintik-rintik. Bunyinya sayu. Tidak seronok melihat adik-adik yang sedang ketawa. Bahkan, hati berasa hiba. Juga, tidak seronok sebenarnya, jika menangis di dalam air.
Perasaan ini tidak habis. Pun tidak pernah berhenti. Fikiran jadi letih. Sebab terlalu sayang. Lantas, diri mulalah resah-gelisah. Tak perlu melebih-lebih selepas ini. Aku hanya perlu rasa sayang. Tidak mahu terlalu sayang.
Syarat memberi, tidak semestinya akhirnya kita akan menerimanya kembali. Kalau aku sayang kamu, tidak apakah jika kamu tidak sayang aku? Aku bukan mahu harta. Aku cuma mahu rasa sayang. Tamakkah? Atau melampaukah? Mengada-ngada? Oh. Kadang, ada sesuatu yang tidak terungkap dengan kata-kata. Tapi, tindakan dan cara selepas itu juga tidak pernah menzahirkan sebarang rasa cinta. Justeru, apakah maknanya?
Teman, jangan kerana satu rasa yang pahit, merosakkan seribu kemanisan dalam perhubungan. Betul. Merajuk itu, aku yang pupuk. Betul. Merajuk juga tunas kepada perpisahan. Salah. Aku merajuk bukan sebab mahu berpisah.
Cukup. Pujukan tidak mengubat rajuk. Bukan. Itu petunjuk. Bolehkah petunjuk itu dirujuk?
Boleh.
Aku bukan mahu diriku dianggap penting. Cukup sekadar perhatian atas satu permintaan. Pun bukan mahu kamu menjadi seseorang yang pentingkan peribadi sendiri, sebab aku teman kamu. Sudah pasti aku mengerti. Tapi, ini pengajaran buat kita. Itu perasaan aku. Tatkala kamu memendam rasa. Dan kali ini, aku yang menjadi kamu dan kamu menjadi aku. Adil.
Kekuatanku, tidak kuat untuk membantu kamu menakhoda sebuah kapal kecil yang penuh dengan ujian ini. Aku pun punya hati. Sungguh. Kekuatanku, tidak akan banyak membantu kamu. Sesuatu yang boleh membantumu ialah 'kekuatan kita'.
Maaf.
Setiap kali hujan, aku seolah-olah terdengar satu suara yang sayu. Suara itu, suaraku. Sewaktu menunggu kamu.
Salam.
No comments:
Post a Comment