YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Monday, January 24, 2011

BUKAN DIRIKU

Salam.

Sungguh. Di hati ini, agak-agaknya siapakah yang tahu? Suara yang diharap dapat memberi keazaman sangat lambat menyapa. Kali pertama mendapat khabar berita, aku langsung tidak teringat tentang si dia, apatah lagi bonda. Cuma kamu. Suaranya hanya hadir waktu petang tadi. Juga, dalam keadaan diri yang sudah tidak terurus, seluruh minda tiba-tiba mati dek percaturan yang berselirat.

Aku ditegur kerana aku bukan diriku. Aku dinasihati supaya tidak ketawa. Juga, ada yang pinta supaya aku berhenti bicara. Lelah. Kiri dan kanan tiada sesiapa. Yang sudi meluangkan masa. Kata bonda, aku hanya pulang sesaat. Mahu bercerita kepadanya aku jadi segan kerana aku bukanlah kanak-kanak yang perlu merengek di kala mahu sesuatu. Tulang kakiku keras dan boleh berdiri dengan jayanya. Aku sudah dewasa. Apabila aku mahu, aku yang perlu mencari sendiri. Meminta pandangan dengan rela bukannya meminta-minta. Tapi kadang-kadang, aku seperti mahu menjadi kanak-kanak yang selalu diberi perhatian. Nampak seronok, tatkala dilayan dengan manja dan diri ini berasa berharga. Tapi sayang. Aku tiada semuanya. Juga, itu bukanlah diriku. Walau aku teringin, dan mahu. Betulkah maruah membataskan segala-galanya? Hatiku bilang 'ya'. Aku tidak halal jika mahu begitu. Bukan sekarang. Nanti dulu.

Aku kerap dilabel sombong. Juga angkuh. Tidak mesra. Itu diriku. Diriku, buat tatapan kamu yang tidak pernah mengenali dan mendalami diriku. Tidak kenal maka tidak cinta. Oh. Benarkah begitu? Percaya atau tidak, aku mudah untuk mempamer sayang kepada orang-orang yang aku sayang, cuma caranya mungkin tidak ramai yang sedar, itulah petanda sayang. Terpulang.

Aku tahu, nilai senyuman itu sangat manis. Tidak kiralah sesiapapun yang senyum. Tidak ada orang yang senyum tidak manis. Senyuman seikhlas hati adalah paling sempurna dan mampu menyentuh naluri, juga emosi. Aku mahu jadikan senyuman sebagai hiasan yang terbaru, walhal sudah lama senyuman ini berada dalam pasaran. Mungkin saham akan naik selepas ini. Mudah-mudahan. Aku bukan mahu melobi. Kerana aku kadang-kadang disuruh senyum. Berjayakah aku menjadi bukan diriku? Pohon ingatkan aku, andai aku terlupa. Setiap wanita itu ada kelembutannya. Terokailah jiwa mereka.


-Suatu ketika dulu, tidak pernah suka kepada anak-anak kecil.
Ini firah yang menjadi anugerah.
Syukran YA ALLAH-

-Mendapat berita tentang seorang teman yang ditimpa kemalangan.
Takziah. Semoga cepat sembuh ye Aizat Annur-



Salam.

1 comment:

  1. alahai...k.ain..so sweet...pandai bermadah...pandai berbicara.....rindunya saat kita bersama...dah lama xduduk sekali..berceloteh...bercerita.....semoga ukhwah kita berkekalan...

    ReplyDelete