YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Thursday, March 17, 2011

KALI TERAKHIR

Assalamualaikum...

Sungguh. Ini kali terakhir. Gugur dari pentas persembahan. Tapi bukan kerana bunga ini layu. Tapi dek kerana bunga ini bakal dipetik orang. Aduh. Betul, untuk mendapat kebahagiaan yang kekal ke syurga, nikmat dunia terpaksa aku korbankan. Namun, hati masih lagi terlalu sayang. Bukan mahu meninggalkan duniaku ini, cuma aku tidak akan bersembah lagi. Aku tidak akan lari, masih akan menyumbang bakti dan menjadi inspirasi. Aku berpegang pada janji, cintaku pada dunia orator akan kekal selama-lamanya. Aku pencinta debat yang setia. Cuma, cinta ini hanya kekal di atas dunia. Kerana di akhirat sana pasti aku akan membawa cintaku di bawah telapak kaki bonda dan suami untuk bertemu Ilahi.

Pesan permata hatiku, jangan sekadar melepaskan batuk di tangga. Buat sungguh-sungguh. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Buktikan.

Ya. Buktikan. Terima kasih atas nasihat.

Kami telah mencuba sedaya upaya. Memerah segala kudrat. Menghabiskan segala sisa keringat. Tenaga kami dan curahan idea kami sudah di tahap maksimum. Kami berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal. Hanya Allah yang tahu kesudahannya, justeru kami pohon kesudahan yang baik Ya Allah.

Terima kasih Abang Bob, Adib, Irma dan Yaya. Juga adik-adik kesayangan, Afifah, Wanzai, Sein, Nadzely, Fatin, Jang, Efa, Zai, Din dan Naim. Terima kasih sudi mocking bersama kami. Juga kepada semua adik-adik orator yang lain, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Anda semua adalah penguat. Sungguh, kami kuat kerana kasih-sayang curahan adik-adik.

Juga titipan khas buat Abang Syahmi selaku jurulatih Kelab Orator Unit Bahasa Melayu, kami tuturkan seikhlas ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa baik serta tunjuk ajar daripada Abang Syami selama ini.

Doakan kejayaan kami. Pohon dipermudahkan segala urusan.


DEBAT PERDANA INTEGRITI 2011
Ahmad Burhan Sidqi bin Abdul Rahim
Adib Aiman bin Badrul Sahar
Nurul Ain binti Mat Rahim
Rogayah binti Ghozi
UUM SINTOK, KEDAH
17 MAC hingga 21 MAC 2011


Pasti aku akan rindu pada bayang-bayang.
Bayang-bayang yang muncul dalam angan-angan.
Angan-angan tentang kenanganku,
Kenangan kali terakhir.

Salam.

5 comments:

  1. Buat Ain, Yaya, Abg Bob n Adib...moga korang dapat wat yg terbaik yer....Smga beroleh kemenangan yg diimpikan...Pergi dgn harapan..pulang dgn kejayaan...Smga slmt pergi n pulang kembali ke Unisza..AMINN...

    ReplyDelete
  2. Thanks a lot Cik Rai. InsyaAllah, kami akan buat yang terbaik. Amin.

    ReplyDelete
  3. saudari ain : kita lawan masa pusingan dua,saya dari UPNM . sayang, pentas yang terakhir. semoga tak diakhiri bakat berdebat yang ada, dan semoga mengamalkannya pada yang berupaya. jgn nanti nak berdebat dengan pasangan hidup sudah. :)

    ReplyDelete
  4. salam.
    thanks dayat. insyaAllah, saya dan debat tetap setia. dan, andai tertulis ada rezeki untuk saya berdebat lagi, pasti saya akan hargai peluang yang ada. setakat ni, begitulah perancangannya. doa-doakan saya, pohon dipermudahkan segala urusan. thanks :)

    ReplyDelete
  5. wish u all da best!!

    ReplyDelete