buat Aisya Rujha binti Zaidi
11 Mac 2010
Semoga Allah merahmatimu selalu
From Andak to My Love-
Assalamualaikum...
Suatu ketika dahulu, aku telah membuat satu keputusan demi memelihara martabatku sebagai seorang wanita. Terpaksa. Kerana ada banyak cara untuk mengatasi masalah, tapi sengaja dibuat-buat susah. Dan bidang pengucapan yang aku sayangi itu, aku tinggalkan. Kali terakhir, sehingga banyak air mata yang tumpah. Kali terakhir, aku memejamkan mata sambil melipat sejarah.
Bonda, di hujung kata-katanya tidak pernah tertinggal nokhtah.
Aku tahu cintanya kental. Dan tidak akan berubah. Aku tidak mahu ada penganti. Terhadap cinta bonda atau cinta hatiku sendiri. Andai berpisah, biarlah berpisah kerana mati. Aku sanggup menunggumu di pintu syurga Ilahi.
Aku yang membuat pilihan ini. Tapi, pilihan ini bukan dibuat secara rambang. Aku tidak mahu jadi buta dek kesempurnaan. Aku sudah berfikir panjang. Mindaku sarat dengan angan-angan. Yang lepas dan telah berlalu itu, sudah pun menjadi kenangan.
Kebahagiaan pada masa hadapan, aku menanti dengan penuh pengharapan. Pohon doa, dipermudahkan segala urusan. Pilihan itu, pilihan terbaik.
KATEGORI NUSANTARA
Johan : Amirrudin Abdul Rahman (Malaysia)
Naib Johan : Awang Hai Abdul Rashid Awang Haji Damit (Brunei)
Ketiga: Muhammad Izwan Othman (Singapura)
Johan : Halil Ibrahim (Turki)
Naib Johan : Daria Kamyshnikova (Rusia)
Ketiga : Genevieve Woods (Australia)
Aku percaya nanti suatu masa, kejayaan pasti milik kita.
Salam.
No comments:
Post a Comment