Irma Shukri Khodori, selamat berjuang. Tahniah, mimpimu pasti dalam genggaman-
Assalamualaikum...
Kadang-kadang, sukar untuk melafazkan kata-kata ini. "TERAKHIR". Sukar kerana pasti ada sendu dihujungnya. Siapakah yang suka? Berasa gundah. Gelisah. Pasrah. Masa, bolehkah tolong berhenti?
Tidak.
Walau sesaat, tidak akan pernah terjadi. Nikmati, hargai, dan datanglah bercerita selagi boleh bersua. Kami tetap di sini, kamulah yang bakal pergi, meninggalkan. Pernahkah terfikir tentang perit hati orang terpaksa ditinggalkan berbanding hati kamu yang pergi meninggalkan?
Episod akhir, menyusul tiba. Aku akan menantikan air mata yang bakal menitis!
P/s : Send to many
Salam.
No comments:
Post a Comment