Urat tegang. Aku bayangkan kepala sedang berasap. Tidak sengaja melepaskan amarah. Jantung berdenyut kencang.
Sebaik sahaja kaki melangkah masuk, dia memandangku. Mata sebulat biji laici. Kaki sudah lincah berlari. Dia menepati janji. Dia tergelak. Ligat berputar di atas lantai kayu. Giginya sudah ada banyak. Rambutnya makin panjang, bergulung-gulung di hujung.
Amarahku mencair.
Urat kendur. Kepala tidak lagi berasap. Amarah sudah terkurung. Jantung kembali normal. Dia berjaya mencairkan rasa marah yang sebelum ini memejal. Tanpa sengaja, aku jatuh cinta pada indahnya alam penuh warna, penuh senyuman, dan selalu penuh dengan keriangan. Alam kanak-kanak.
When you were born you filled my heart with pride. And I was overcome by the joy I felt inside.
Salam.
No comments:
Post a Comment