YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Sunday, June 12, 2011

HAMPIR KE SITU

Assalamualaikum...

Ketika mimpi menjadi realiti, semuanya indah belaka. Ketika semua orang sedang bergembira, aku sebenarnya kecewa. Aku sangat berduka.

"Aku sedar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Aku punya harapan besar
Tapi kini aku tak pasti"

Inilah bayarannya. Akibat atas satu keputusan. Benar, kita sudah menang. Tapi sebenarnya kita hanya hampir ke situ, bukan sudah sampai ke situ. Perjalanan ini masih panjang.

Kata-kata ini sekadar pesanan, agar kita tidak terleka. Hanya mahu menyedarkan, ada tuntutan yang pasti lebih besar. Sekadar mahu mengingatkan, tentang cabaran yang bakal mendatang. Perjalanan yang bakal dilalui pasti tidak sesenang ini. Walau kamu berasa saat untuk menggapai kejayaan ini sangat sukar, tapi percayalah perjalanan selepas ini tentulah lebih sukar.

Ini hanya permulaan. Bukan titik noktah perjuangan. Jangan sesekali bermegah dengan kejayaan.

"Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan"

Sekurangnya-kurang, kita sudah berjaya buktikan!

-Tahniah Team UniSZA!
11 Jun 2011
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
JOHAN
DEBAT PIALA SULTAN ZAINAL ABIDIN KE-11-

Pohon kau kembali.

Salam.


No comments:

Post a Comment