Assalamualaikum...
"Anything happens, its happen for reason..."
Esok, genap dua minggu aku bertugas di kaunter PAD. Bermacam-macam ragam yang aku hadapi. Yang paling seronok, aku selesa menghadapi segala kerenah itu dengan senyuman. Kini, aku semakin kerap senyum.
Pengalaman seminggu yang lepas masih segar dalam ingatan. Aku leka memerhati wajah-wajah remaja yang berada di bilik itu. Takut-takut pada kami. Tapi mereka tidak gentar kepada Tuhan. Mereka tidak menangis, cuma muka mereka menyerbu merah. Mereka hanya malu, tidak pun insaf.
Alahai Uda. Alahai Dara!
Walaupun tidak punya banyak pengalaman, tetapi aku berjaya mengorek beberapa rahsia yang disimpan.
Ini adalah pengakuan 'gadis' tersebut kepadaku :
AKU : Dah berapa lama awak kenal dia?
DIA : Baru seminggu kak. Kawan yang kenalkan kepada saya.
AKU : Dalam seminggu ni, berapa kali awak jumpa dia?
DIA : Masuk malam ni, tiga kali kak.
AKU : Seminggu kenal, kali ketiga jumpa terus masuk hotel? Hebat awak ni. Sebelum kena tahan tadi awak dah terlanjur ke?
DIA : Eh... Tak kak. Saya ngan dia tak buat apa-apa. Sumpah kak.
AKU : Betul? Sebelum ni pernah tak awak terlanjur dengan orang lain?
DIA : Pernah (Tunduk dan perlahan suaranya)
AKU : Berapa kali?
DIA : Lima kali kot..
AKU : Lelaki tu di mana sekarang?
DIA: Tak tahu.. Saya dah putus hubungan dengan dia.
Si gadis ini telah kematian bapanya sejak tingkatan dua. Dia hanya bersekolah setakat tingkatan empat. Abangnya kini berada di penjara kerana kes dadah. Ibunya bekerja sebagai tukang masak. Katanya lagi, "Saya mula terlanjur dengan bekas kekasih sejak berumur 17 tahun". Dia masih punya tiga orang adik yang masih kecil.
MasyaAllah...
Selepas keterangan selesai diambil, dia ditampar oleh ibunya berkali-kali. Selepas itu, si gadis melawan. Tidak juga segan-silu menengking dan memaki-hamun ibunya sendiri. Mataku menjadi saksi, ibaratnya adegan drama realiti.
Tiga hari selepas kejadian, si ibu datang ke PAD untuk mengambil borang pernikahan. Si gadis bakal menjadi suri.
Sewaktu memproses borang, surat akuan dara gagal disertakan bersama. Aku meminta si ibu supaya membawa anak gadisnya ke rumah JKKK untuk mengeluarkan surat tersebut.
Yalah, 'dara' sekadar di atas kertas, untuk membuktikan bahawa seseorang perempuan itu masih bujang. Walaupun pada hakikatnya, si gadis sudah hilang daranya.
Uda dan dara sebenarnya tidak boleh dipercaya. Sukar untuk menyatakan kesahihannya. Kecuali, punya bukti yang jelas. Sekalipun ada pasangan yang sudah terlanjur, ketika tangkapan dibuat, mereka hanya boleh didakwa atas kesalahan khawat (Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001) dan kesalahan sebagai persediaan melakukan persetubuhan (Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001). Dakwaan ini dilakukan berdasarkan bukti-bukti di tempat kejadian. Namun begitu, mereka tidak boleh didakwa atas tuduhan zina selagi hukum hudud tidak dilaksanakan.
Perlu difahami bahawa hukum had zina berdasarkan hudud adalah berbeza dengan hukuman takzir.
Oleh sebab itulah, meski pun seseorang lelaki dan perempuan itu sudah terlanjur, selagi mereka belum berkahwin, mereka masih lagi dianggap bujang. Namun begitu, ketika mengisi borang pernikahan, antara surat penting yang perlu disertakan ialah surat akuan teruna bagi lelaki dan surat akuan dara bagi perempuan. Surat-surat akuan ini adalah sebagai bukti bahawa mereka BELUM BERKAHWIN sahaja. BUKAN sebagai bukti bahawa mereka masih sah teruna atau dara.
Rumit. Hanya Allah sahaja yang tahu, walaupun pengakuan hitam putih tentang uda dan dara ini wujud. Tanyalah pada hati, tanyalah iman. Mungkin kita bisa menipu manusia di muka bumi, tapi ingatlah Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.

-Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu-
Photo by Snapcolor Photography
Photo by Snapcolor Photography
Nota: 22 Jun 2011, dua pasangan kekasih telah ditahan di sebuah bilik hotel di Dungun pada pukul 1.05 pagi. Mereka didakwa atas kesalahan khalwat Seksyen 31 Enakmen Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, merek boleh didenda hingga Rm3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Ibu bapa kepada kedua-dua pasangan tersebut telah membuat keputusan untuk mengahwinkan anak mereka. Untuk rekod, kedua-dua pasangan tersebut adalah remaja dalam lingkungan umur 16-21 tahun. Kedua-dua gadis yang ditahan hanya berkelulusan PMR.
Salam.
kak ain keje kat PAD mana? hehe
ReplyDeletekat Pej. Agama Daerah Dungun. Berat nanang dungung kita lening... huhu
ReplyDeleteooh, dulu saya praktikal situ gak. :)
ReplyDeletetu lah pasal, dungung kite kecik je, tapi macam2 jadi lening. hadoi, masyaAllah.