Assalamualaikum...
Serupa, tapi tidak sama. Kadang-kadang menjadi kelu tatkala terlihatnya. Bukan aku sengaja memerhati. Tapi tingkahnya, betul-betul hampir sama. Serupa dalam banyak perkara. Dunia betullah amat kecil. Insan ini, aku harapnya agar hidupnya lebih baik. Mesti lebih baik daripada aku. Moga urusannya dipermudahkan. Biarlah aku berdoa dalam diam. Aku tidak pernah cemburu dengan apa-apa yang kau miliki.
Semoga berjaya.
Kata-kata semangat seperti ini, sebenarnya jarang diucapkan untukku. Apatah lagi, dalam kehidupan ketika ini. Aku belajar untuk jadi kuat sendiri. Gembira benar tatkala melihat kalian bahagia. Aku mahu, tapi mungkin perjalanan belum sampai ke tahap itu. Allah masih lagi terus mengujiku. Moga aku bertambah syukur.
Aku berusaha untuk menelan kepahitan semua ujian-ujian. Aku yakin, Dia akan limpahkan aku bahagia. Aku menunggu masa. Masih menunggu. Hati ini sudah retak beribu-ribu, mujurlah ada sabar. Mohon hatiku tidak menjadi debu. Allah, permudahkanlah jua urusan hidupku. Biarlah jika bahagia itu tidak dapat aku nikmati di dunia. Ya Allah, jadikan dia puteraku di sana.
Salam.
No comments:
Post a Comment