Seperti tiba-tiba dewasa. Kehidupan ini sangat cepat rupanya. Walhal aku yang kanak-kanak telah bertahun-tahun ditinggalkan. Sungguh, setiap kerdip mata yang terpejam, semakin jauh masa berjalan. Sebagaimana perancangan, ini kali terakhir beraya sebagai orang bujang. InsyaAllah.
Pelbagai peristiwa yang menjadi terakhir, akan dikenang sepanjang zaman. Syukran Ya Allah, atas nikmat hidup yang kau berikan.
Raya kali ini benar tersirat, penuh makna.
-Raya yang terakhir saat syurga di bawah telapak kaki Bonda. Pohon ampun, duhai Bondaku yang tercinta dunia akhirat dan seluruh keluarga tersayang-
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H daripada Cik Ain dan keluarga.
Salam.
No comments:
Post a Comment