Gadis. Sudah besar, tapi sayang tidak dewasa. Tidak pernah mengambil peduli tentang cerita-cerita yang hadir di cuping telinga. Bolehkah bangkit setelah sakit?
Hati yang mengemudi diri nampaknya goncang apabila melalui jalan-jalan di negara kayangan. Pesanan dicampak ke dalam uncang disimpan bukan pegangan. Beribu-ribu kali sayang. Aku malas peduli. Benar. Jadinya berjuta-juta kali sayang. Sebetulnya risau. Bolehkah bangkit setelah sakit?
Cinta tiada warna, mata yang celik pantas bertukar buta yang dipandang bukan keindahan. Pelik. Semua nilai positif bersatu kerana hanya dialah yang satu. Jangan merungut, tatkala berita tentangmu tersohor ke pelosok dunia. Tangkaslah semua derita, pasti yang tinggal hanya air mata. Si gadis, ingatlah kembali langkah pertama. Segala derita, kamu sendiri yang cipta. Hidup ini satu perjudian bukan? Kamu punya pilihan. Pilihan yang lebih baik.
Kamu akan bangkit setelah sakit. Aku hanya akan terus tersenyum.
Semoga keputusan terakhir ini, kekal sebagai yang terakhir.
Salam.
No comments:
Post a Comment