YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Sunday, September 18, 2011

IT WAS MAGIC

Assalamualaikum...

Aku semakin gemar bermain dengan magik. Cuma perlu katakan apa-apa sahaja yang kamu mahu. Katakan berkali-kali, sehinggalah terhasil magik.

Dunia yang realiti ini kadang-kadang boleh menjadi fantasi.

Magik bermula dengan keinginan. Apabila ada hasrat, luahkan saja perasaan. Hatimu persis isyarat untuk menzahirkan tindakan. Fikir bahawa kamu mahu. Itulah magik.

Dalam banyak-banyak kejayaan yang digapai, semuanya pasti bermula dengan keinginan, impian atau angan-angan. Terima kritikan sebagai bahan binaan. Ikhlas. Magikmu pasti menjadi. 

Aku mencuba. Dan mencuba. Cuba lagi. Dan terus-terusan mencuba sampai aku dapat apa-apa yang aku mahu. Aku hanya katakannya berulang-ulang. Dan berulang-ulang. Dan terusan berulang. Kekuatanku hanya terletak pada sabar. Biarpun hasrat itu aku luahkan bertahun-bertahun. Dari tahun ke tahun. Setahun ke setahun. Sehinggalah kata-kata itu menjadi kenyataan.

Ianya betul-betul magik.   

-I don't know how to do it, but I think that if you keep thinking about it and calling it perhaps it will come. It's magic, but not black. It's as white as snow.

-It Was Magic by The Secret Garden- 

Doa, usaha dan bertawakal. Ikhlaskan hati. Biar masa untuk menjulang impian itu lama, tapi insyaAllah mendapat berkat dari-Nya. Segala magik itu hanya Dia yang tunaikan. Jadi mohonlah dan percayalah pada Dia.

Salam.

No comments:

Post a Comment