Assalamualaikum....
Aku semakin tergoda. Tidak ada kuasa menolak segala rencana. Semuanya sebab cinta.
Maaf. Aku bakal mungkir janji. Padahal, kali terakhir itu sudah selalu terpacul di bibir. Tapi, juga semua sedia maklum bahawa kali yang terakhir itu aku tidak sesekali pernah menyerah rela, semuanya kerana terpaksa. Asbab kepada cinta. Pasti.
Otak sepantas kilat memikirkan logik, secara lansung aku sibuk memikirkan strategi. Bijak dan memang bijak. Tidak ramai orang ijazah. Itulah alasan yang bakal diberi. Usah gentar, demi cinta ini. Aku seyakinnya akan turut serta. InsyaAllah.
Impian dan harapan. Aku tidak keliru. Kedua-duanya akan ku genggam!
-Cinta ini bermula dengan sejambak bunga. Kelopak dan daunnya kering. Aku kutip dan pernah ku simpan. Bunga itu dibuang oleh si bayang-bayang yang selalu aku pandang. Namun kini, aku tidak lagi memandang si bayang-bayang. Sebaliknya aku telah menjadi bayangan, dan ianya kenyataan. Alhamdulillah-
Pemilihan DPPM. Akan datang. InsyaAllah.
Salam.
No comments:
Post a Comment