YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Monday, November 7, 2011

DUA PULUH HARI LAGI

Assalamualaikum...

Hubungan kau dan aku bukan hanya dibina atas dasar cinta dan kasih-sayang. Tetapi dibina juga atas dasar pengorbanan. Berkorban kerana nafsu binasa. Berkorban untuk mencari redha-Nya menjamin bahagia.

Aku mengangguk apabila ada orang berkata bahawa perempuan ini bodoh. Akalku sendiri cetek dan lurus. Berbekalkan iman senipis kulit bawang. Lalu, ke manakah haluan kita apabila bercinta?

Tepuk dada, tanyalah hatimu.

Makanya aku memilih jalan ini. Aku korban usia muda. Biar betapa ramai insan-insan di luar sana mengatakan, "Ruginya. Ruginya kamu".

Ya. Untungnya kamu. Tapi, apakah sebenarnya yang kamu cari?

Cukuplah sekadar aku tahu apa yang aku cari. Syukur. Semoga jalan ini adalah jalan yang terbaik. Doakan.


Dua puluh hari membilang cinta.

Salam.

1 comment:

  1. salam. kak ain.. ^^
    lama tak kesini.. semoga segalanya berjalan lancar. saya pom ada cita2 jugak nak kawen awal tapi bila tgk pada keadaan sekarang ni tidak mengizinkan lagi. tahniah kak ain. saya pulak yang nervous.. :D

    ReplyDelete