YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Tuesday, December 27, 2011

CINTA LELAKI PENDUSTA

Assalamualaikum...

Kesah yang menjengah akhirnya hampir terjawab.

Akhirnya...

Aku sungguh tidak tahu, dan tidak dapat memikirkan bagaimana semuanya bermula. Sedikit demi sedikit cerita yang disambung-sambung mencipta satu rentetan yang tiada hujung. Kami sama-sama keliru. Jujur, kami turut rasa bersalah kerana kami orang yang paling hampir.

Dia yang cantik, manis dan baik budi pekerti. Ya Allah, lindungilah temanku.

Saat ini, aku mulai rasa rindu. Pada tawanya. Pada usikannya. Pada senyumnya. Aku dan dia tidak banyak berkongsi cerita setelah aku pergi. Aku rasa ralat. 

Aku benar-benar marah kepada pendusta itu. Cintanya hanya terletak pada tubuh. Perkahwinan yang didamba cuma alasan untuk menghalalkan nafsu yang beraja. Jangan sesekali ada yang menafi, kerana itulah yang pasti.

Cinta yang dilafaz ternyata dusta. Kesal. 

Pohon doa, semoga urusanmu dipermudahkan. Ini ujian. Aturan ini aturan yang terbaik dari-Nya. Kami di sini sentiasa berdoa dan setia menanti. 

"Akak tahu awak kuat."


Harus bermuhasabah diri, kerana aku juga pernah terlalai. Alhamdulillah, Allah terlebih sayang. Syukur atas ujian-ujian. Indahnya kebahagiaan ini, tatkla berhidup dengan redha-Nya. 


Salam.


2 comments: