YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Wednesday, December 14, 2011

TAHAN NAFAS SESAAT

Assalamualaikum....

Setelah menahan nafas sesaat semalam, aku akhirnya dapat tidur.

Terlalu sukar untuk berhenti bekerja separuh masa. Walau tidak dibayar gaji. Walau hasilnya tiada buat diri sendiri. Walau, ianya seperti sia-sia. Hati dan minda degil mahu bergerak seiring, masih berfikir tentang hal yang sama.

Suami suruh berhenti bekerja separuh masa yang percuma.

Aku kata aku hilang upaya.

Ini soal kasih dan sayang. Ini soal keprihatinan. Inilah persahabatan. Adakah di akhirnya ini kesudahannya? Haruskah aku benar-benar mengangkat tangan dan ucapkan selamat tinggal?

Tahanlah nafas sesaat. Tahan lagi.

 Finally, i truly trust that friends are born. Not Made.
 Bye-bye My Friend.


Berkecamuk di saat rasa ingin kembali. Persahabatan betul-betul sudah hilang seri.

Salam.

No comments:

Post a Comment