Assalamualaikum....
Semua arah hampir dituju, mencari kunci satu persoalan. Semasa berlari di dalam gelap juga, tiada ilham yang datang. Aku masih lagi berfikir tentang jawapan, berusaha untuk menjawab soalan yang dilontarkan.
Kegagalan itu nyata berpunca dari asas yang tempang. Seolah-olah natijah kepada niat murni yang sudah mula terpadam.
Bukan mudah untuk membuktikan keyakinan. Bukan sekadar hujah.
Biarpun begitu, biarlah kampung jua ini menjadi satu kenangan. Di sebuah pondok usang, yang mencipta seribu bintang. Biarlah jika bukan di persada ini pembuktiannya, cukuplah sebagai bekalan rezeki di hari tua.
Aku dan kesayangan ini - tidak dapat dipisahkan.
Terima kasih semua. Terima kasih oratorian.
Terima kasih Dearest, atas segala kesudian. Jawapannya nanti pasti ku beri di akhir perjuangan.
Salam.
No comments:
Post a Comment